BACHOK: Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Beris Lalang, di sini, pada Sabtu.
Kejadian pada jam 10 malam itu mengorbankan kerani swasta terbabit, Aslina Ismail, 46, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun cedera di kepala dan patah tangan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, mangsa memandu kereta jenis Proton Gen 2 bersama anak perempuannya dalam perjalanan dari Besut menghala pulang ke rumah di Kampung Air Deras, Kota Bharu.
“Apabila sampai di Jalan Beris Lalang, Bachok, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan kemudian terus merempuh sebatang pokok.
“Mangsa dikejarkan Klinik Kesihatan Bachok untuk rawatan awal namun disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 10.15 malam,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Ahad.
Mohamad Ismail berkata, anak perempuan mangsa masih dirawat di hospital.
Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022
Keadaan kenderaan mangsa yang remuk akibat langgar sebatang pokok selepas terbabas ke kiri jalan. -Foto ihsan PDRM
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
China akan terus perjuang keterbukaan, tolak unilateralisme
Perdana Menteri China, Li Qiang dalam ucapannya di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-7, berkata China akan terus menaik taraf zon perdagangannya dan meneroka kerjasama baharu.
Sektor perkhidmatan China berkembang pantas
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Caixin / S&P Global negara itu dicatatkan pada 50.3 mata bagi Oktober, pertumbuhan kadar tertinggi dalam tempoh tiga bulan.
Wanita maut, anak perempuan patah tangan
Kejadian pada jam 10 malam itu mengorbankan kerani swasta terbabit, Aslina Ismail, 46, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun cedera di kepala dan patah tangan.