SHAH ALAM: Seorang wanita warga tempatan maut dipercayai dibunuh suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mangsa berusia 28 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
"Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.58 pagi, 7 Jun lalu daripada adik suspek yang melaporkan abangnya telah melakukan perbuatan membunuh.
"Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mempunyai masalah rumah tangga sejak perkahwinan mereka dua tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Cha berkata bedah siasat terhadap mangsa mendapati terdapat 12 luka hiris dan luka kelar di beberapa bahagian anggota badan seperti telinga, pipi, dagu, leher, bahu, lengan, jari manis dan kelingking serta kepala.
Katanya polis percaya punca kematian mangsa yang mempunyai seorang cahaya mata berusia enam bulan itu, disebabkan luka kelar pada bahagian leher yang memotong saluran pernafasan dan tulang leher.
Cha berkata suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu diberkas pada hari sama serta direman tujuh hari, bermula semalam hingga 14 Jun nanti.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Seorang wanita warga tempatan maut dipercayai dibunuh suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor pada Jumaat lepas. - Foto Sinar Harian

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Wanita maut dikelar suami di Klang
Seorang wanita warga tempatan maut dipercayai dibunuh suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor pada Jumaat lepas.