TEMERLOH: Seorang wanita maut dan tujuh lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Jalan Utama Felda Jengka 19, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian tersebut, mangsa maut ialah seorang wanita dewasa, dua lagi tersepit dalam kenderaan iaitu seorang lelaki dan wanita dewasa, manakala lima lelaki dewasa turut cedera.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka, Mohd Nazri Abd Rafar, berkata kemalangan jam 8 malam itu melibatkan sebuah Perodua Bezza, Proton Persona, Proton Saga, dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.
Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota dan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.
"Terdapat seorang wanita dewasa meninggal dunia di tempat kejadian yang disahkan oleh kakitangan perubatan. Manakala seorang wanita dewasa dan lelaki dewasa tersepit dalam kejadian itu.
"Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
"Mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Astro Awani
Mon Oct 17 2022
Kemalangan jam 8 malam itu melibatkan sebuah Perodua Bezza, Proton Persona, Proton Saga dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton. - Gambar/ JBPM
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 PLUS berhampiran Bukit Gambir.
Pemandu maut, treler rempuh treler diparkir tepi jalan
Seorang pemandu maut apabila treler yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler lain yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 47, Jalan Ipoh -Lumut, dekat Bota, malam tadi.
Lebih 500,000 nahas jalan raya direkod di Malaysia sehingga Oktober
Sebanyak 532,125 nahas jalan raya direkodkan sejak Januari hingga Oktober lepas, dengan 5,364 daripadanya melibatkan kemalangan maut.
Dua beranak maut dalam perjalanan ke tabika Kemas
Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 15, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris, berhampiran Kampung Tengkawang, pagi tadi.
Dua wartawan, pemandu stesen tvOne maut dalam kemalangan
Dua wartawan dan seorang pemandu daripada sebuah stesen televisyen berpusat di Jakarta Timur, tvOne, maut dalam kemalangan tragis awal pagi Khamis.
Remaja perempuan maut rempuh kereta buat pusingan U
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di kilometer 32.1 Jalan Seremban-Tampin, Pekan Chengkau malam tadi.
Bapa bonceng anak maut motosikal bertembung lori
Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 65.5, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Warga emas maut, motosikal dirempuh semasa masuk simpang
Aeshah maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang remaja yang merupakan pembonceng motosikal cedera ringan.