MELAKA: Seorang wanita asal Kemboja dan anak lelakinya yang sebelum ini tular di media sosial berikutan dakwaan 'Melayu malas', akan dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam satu kenyataan berkata pemilik perniagaan di Johor Bahru, Johor yang berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.
"Anak lelakinya yang berusia 22 tahun pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Siasatan berkaitan kes itu telah dirujuk ke pejabat Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (UJAKA), Pejabat Peguam Negara pada semalam (5 Dis)," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.
Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

IPK) Melaka dalam satu kenyataan berkata pemilik perniagaan di Johor Bahru, Johor yang berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.

Geng berparang samun syarikat penghantaran, larikan wang tunai RM46,000
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.26 tengah hari semasa proses pengiraan wang tunai di hab tersebut.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

Dua ekor lembu golek hidangan istimewa 'Iftar on the road'
Lembu golek jadi menu istimewa berbuka puasa kepada pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square, Kepala Batas sempena program 'Iftar on the road.'
Mark Carney angkat sumpah sebagai PM baharu Kanada
Ahli ekonomi dan pendatang baharu dalam politik, Mark Carney, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu pada Jumaat.

Palestin tegaskan penyelesaian dua negara demi keamanan
Penyelesaian mesti membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Terdapat peningkatan membimbangkan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan terdapat peningkatan yang membimbangkan terhadap kebencian dan diskriminasi terhadap umat Islam di seluruh dunia.
70 calon bakal berentap dalam CEC DAP
Sebanyak 70 calon akan berentap merebut 30 tempat dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang akan berlangsung pada Ahad di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, Selangor.
Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Ketua kumpulan militan Daesh di Iraq telah terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh Pasukan Perisikan Kebangsaan Iraq dengan kerjasama tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat.
AS isytihar Duta Afrika Selatan Persona Non Grata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengisytiharkan Duta Afrika Selatan ke A.S, Ebrahim Rasool sebagai persona non grata, pada Jumaat.

Wanita Kemboja maut dihempap pokok tumbang di Pantai Penunjuk
Seorang wanita berbangsa Kemboja maut dihempap pokok tumbang di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, petang tadi.

Wanita Kemboja, anak dakwa Melayu malas dituduh di mahkamah esok
Pemilik perniagaan berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Wanita Kemboja kata 'Melayu malas', polis terima 14 laporan
Polis Melaka menerima 14 laporan polis berhubung seorang wanita Kemboja yang mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.