Seorang suri rumah yang hamil lima bulan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memperdaya seorang wanita berhubung proses mempercepatkan giliran menunaikan ibadah haji yang tidak wujud.
Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman itu selepas Hidayatul Akmal Yusoff, 28, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan memperdaya Siti Dara Darman, 52, dengan mendorong mangsa untuk menyerahkan wang tunai RM9,500 kepadanya bagi mempercepatkan proses giliran ibadah haji bagi tahun 2016.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di premis Tabung Haji Kelana Jaya, pada 21 Sept 2015 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan ibu dua anak itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia direman pada 12 Jan lalu. Pada 12 Jan lepas wanita itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan dibenarkan diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, dia gagal membayar wang jaminan itu.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muniswer Poniah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan anak guamnya dijangka melahirkan anak ketiga, Ogos ini.
Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.
Mengikut fakta kes, mangsa berjumpa tertuduh di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum tertuduh mengarahkannya untuk menyerahkan salinan kad pengenalan dan wang tunai RM9,500 kepadanya bagi tujuan mempercepatkan proses haji 2016.
Bagaimanapun, mangsa tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak Tabung Haji selepas penyerahan wang tersebut dan tertuduh terus gagal dihubungi.
Hasil siasatan mendapati tertuduh tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak Tabung Haji dan hanya memperdaya mangsa. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Mahkamah memerintahkan ibu dua anak itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia direman pada 12 Jan lalu. Gambar hiasan
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Wanita hamil lima bulan tipu proses giliran haji dihukum penjara enam bulan
Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman itu selepas Hidayatul Akmal Yusoff, 28, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan memperdaya Siti Dara Darman.