KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan dan polis merampas sejumlah dadah yang ditemui di dalam but keretanya di Taman Danau Kota, Setapak di sini, pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Adnan Azizon berkata wanita berusia 43 tahun itu ditahan selepas didapati memandu kereta Toyota Yaris dalam keadaan mencurigakan.
"Polis menemui syabu seberat 10 kilogram di dalam but kereta wanita itu dan hasil soal siasat membawa polis ke kondominium yang disewa wanita itu di Taman Ibukota di sini dan hasil pemeriksaan polis menemui heroin seberat 145 gram.
"Polis turut merampas lima bentuk cincin emas, tiga utas rantai tangan emas, dua utas rantai leher emas, seutas jam tangan dan wang tunai RM5,478," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas itu dianggar bernilai lebih RM396,000 dan siasatan awal polis mendapati unit kondominium itu disewa sejak empat bulan lepas dengan bayaran RM1,500 sebulan.
Wanita yang positif syabu itu direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
![Wanita ditahan, dadah lebih RM300,000 ditemui dalam kereta, kondominium Wanita ditahan, dadah lebih RM300,000 ditemui dalam kereta, kondominium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592993323_Gari.jpg)
Adnan berkata wanita berusia 43 tahun itu ditahan selepas didapati memandu kereta Toyota Yaris dalam keadaan mencurigakan. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721036680_bayigeneric.jpg)
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
![Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718707936_HandcuffGari.jpg)
Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud
Seorang wanita yang disyaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan pelaburan 'kutu' tidak wujud diberkas polis di Jerteh.
![Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726584114_AhmadDzaffir.jpg)
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
![Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721599360_DonaldTrump.jpg)
Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Christina Montoya dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen.
![Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713591473_LelakiOKUcederad.jpg)
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
![Op Daddy: Enam lagi wanita ditahan Op Daddy: Enam lagi wanita ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706531549_Shuhaily.jpg)
Op Daddy: Enam lagi wanita ditahan
Polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mempromosi video seks melibatkan lebih 20 wanita, melalui media sosial.
![Wanita ditahan salah guna kad debit penjawat awam - Polis Wanita ditahan salah guna kad debit penjawat awam - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/61558891220_CARD.jpg)
Wanita ditahan salah guna kad debit penjawat awam - Polis
Wanita itu ditahan pada 7.45 malam oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Brickfields.
![Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000 Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704628150_KetuaPolisKedahD.jpg)
Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan bersama 16 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat bernilai RM50,250 dalam dua serbuan berasingan di Kota Setar, Khamis lalu.
![Kilang proses ubat batuk tiruan diserbu, wanita ditahan Kilang proses ubat batuk tiruan diserbu, wanita ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704495362_datukazmanadam.jpg)
Kilang proses ubat batuk tiruan diserbu, wanita ditahan
KPDN turut rampas antaranya 10,000 botol ubat batuk yang siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk dalam mesin pengadun.
![Wanita peras ugut pelakon Parasite, Lee Sun-kyun ditahan Wanita peras ugut pelakon Parasite, Lee Sun-kyun ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703759574_TBPERASUGUT.jpg)
Wanita peras ugut pelakon Parasite, Lee Sun-kyun ditahan
Seorang wanita yang disyaki memeras ugut aktor Lee Sun-kyun ditahan oleh polis tempatan, beberapa jam selepas bintang itu ditemui meninggal dunia.