KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian cubaan samun dan mencederakan seorang wanita menggunakan kayu dalam kejadian pada Khamis lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Persiaran Dutamas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, motif kejadian tersebut dipercayai akibat suspek berang kerana dirakam oleh mangsa ketika cuba mengurat mangsa dan rakannya.
Menurutnya, dalam kejadian itu, kedua-dua suspek yang menaiki motosikal kemudiannya berpatah balik lalu menghampiri mangsa untuk merampas dan memadam rakaman video daripada telefon bimbit milik mangsa.
"Suspek pertama berusia 32 tahun ditahan pada jam 3.30 petang, Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara. Suspek didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau. Suspek pertama ini merupakan penunggang motosikal terbabit.
"Suspek kedua merupakan lelaki berusia 34 tahun ditahan pada jam 11.20 pagi ditahan di PPR Taman Beringin pada Sabtu. Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan pihak polis sedang mengesan dua lelaki yang dilaporkan cuba untuk menyamun dan mencederakan seorang pelajar wanita warga asing yang berusia 26 tahun.
Ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakannya yang juga merupakan wanita warga asing, sedang berjalan kaki menuju ke Pusat Beli Belah Publika sebelum didatangi suspek.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis turut menemui dan merampas kayu serta motosikal yang digunakan oleh kedua-dua suspek dalam kejadian tersebut.
"Suspek mengaku telah memukul mangsa dengan kayu tersebut dan mengaku hendak mengurat mangsa tetapi tidak dilayan," katanya.
Katanya, kedua-dua suspek akan direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 393/323 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun dan mendatangkan kecederaan.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Apr 23 2022

Motif kejadian tersebut dipercayai akibat suspek berang kerana dirakam oleh mangsa ketika cuba mengurat mangsa dan rakannya. - Gambar/ Sinar Harian

Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
FAA mengeluarkan arahan henti berlepas selama lebih sejam untuk pesawat di empat lapangan terbang Florida.

Anda kini boleh siar kandungan Telegram dengan Google Cast
Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

Aneka kuih talam Cik Mah 'licin' dalam masa sejam
Kuih talam Cik Mah yang dijual sejak 40 tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan peminat kuih tradisional setiap kali menjelangnya Ramadan.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13
Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang.

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang dinaikkan 25 peratus berkuat kuasa 2026 - PM Anwar
Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai 2026.

Empat lelaki diburu bantu siasatan kes serang, tetak pekerja restoran
Siasatan awal mendapati empat lelaki itu memakai topi dan penutup muka, bersenjatakan parang serta menaiki sebuah kereta warna gelap.

Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berminat sertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat, sebaik menerima satu mesej di WhatsApp.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.

Polis bongkar sindiket jadikan 'homestay' tempat simpan dadah
Antara dadah dirampas terdiri daripada pil ekstasi seberat 62.64kg syabu 20.78kg, ketamin 5.23kg, pil Eramin 5 sebanyak 1.15kg.

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Indonesia serah 700 kenderaan Maung MV3 buatan tempatan kepada tentera dan polis
Kenderaan itu sangat mudah alih, mampu dipersenjatai untuk pertempuran dan dibina untuk menyokong operasi ketenteraan dan bukan ketenteraan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Sindiket seludup tukar haluan, laut jadi 'jalan tikus' baharu - Polis
Sindiket beralih ke perairan Kuala Besar dan beberapa lokasi lain seperti Tak Bai di Thailand berhampiran Pengkalan Kubor, Semerak dan Tok Bali di Pasir Puteh.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.