Sukar untuk memastikan sebab mengapa laman-laman sebegini diwujudkan. Apatah lagi, jika nama yang digunakan itu dikaitkan dengan isu negatif.
Terbaharu, kes seorang ibu tiri yang didakwa mendera anak tirinya, juga dijadikan modal untuk meraih populariti.
Banyak fan page atau kelab peminat mula diwujudkan di laman sosial Facebook.
BACA: Dera anak: Bapa, ibu tiri ditahan reman



Setakat ini, terdapat tiga laman fan page ibu tiri berkenaan diwujudkan, dengan jumlah 'like' terbanyak adalah 1,585. Melalui pemerhatian kami, jumlah likers fan page terbabit juga semakin meningkat.
Ramai yang mengambil peluang untuk mengecam dan mengkritik wanita tersebut atas tindakannya. Malah ada juga yang mengganggap ia merupakan akaun rasmi wanita itu.



Ketika berita ini ditulis, wanita itu telah ditahan untuk siasatan.
BACA: Polis Kelantan buru pasangan susulan kes dera kanak-kanak 5 tahun