KUALA LUMPUR:Seorang wanita berumur 34 tahun di Sibu menjadi mangsa terbaharu jangkitan wabak rabies di Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya pada Khamis memaklumkan wanita terbabit adalah mangsa keempat korban virus berkenaan bagi tahun ini di negeri itu.
“Mangsa meninggal dunia pada 18 Oktober 2020 jam 11.30 pagi dengan diagnosa rabies encephalitis di Hospital Sibu.
“Jumlah kumulatif sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak adalah sebanyak 26 kes,” jelas beliau.
Menurut Noor Hisham, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 12 Oktober 2020 kerana mengalami lemah pada kedua-dua belah kaki, lima hari sebelum dimasukkan ke wad.
Susulan itu tambah beliau, mangsa telah diarahkan untuk menjalani rawatan dan ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Oktober lalu mengesahkan mangsa telah dijangkiti wabak rabies.
“Siasatan mendapati kawasan kediaman mendiang berdekatan dengan tapak pelupusan sampah yang mana terdapat anjing liar yang berkeliaran.
“Mangsa pernah digigit oleh anjing peliharaannya pada penghujung tahun 2018 namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan,” tambah Noor Hisham.
Malah tegas beliau, anjing peliharaan dimiliki mangsa dilaporkan bercampur bebas dengan haiwan lain dan tidak pernah diberi suntikan vaksin anti-rabies.
“Anjing tersebut walau bagaimapun telah dibunuh oleh orang awam susulan satu kejadian di mana ia pernah menyerang seorang lagi individu.
“Akan tetapi, tiada sebarang sampel dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bagi ujian pengesahan jangkitan rabies pada anjing tersebut,” dedah Noor Hisham menerusi kenyataan sama.
Bagi kes ini, kata beliau, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk melakukan tangkapan bagi anjing di sekitar kawasan kediaman mendiang.
Ujarnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak terus komited dalam membanteras serta mengawal jangkitan virus berkenaan secara menyeluruh.
Dalam pada itu, beliau terus menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan rabies dalam kalangan manusia.
Nickyson Nyambar
Thu Oct 22 2020
Noor Hisham berkata, tempat kediaman mendiang berdekatan dengan tapak pelupusan sampah dan banyak anjing liar berkeliaran. -Gambar hiasan
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Wanita di Sibu korban terbaharu rabies
Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 18 Oktober lalu di Hospital Sibu.