Malaysia sudah mengatasi sasaran kuota 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam dengan peratusan golongan berkenaan dalam kumpulan pengurusan tertinggi ialah 35.6 peratus atau 1,419 pegawai wanita, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
"Jumlah tersebut satu pencapaian membanggakan dalam perkhidmatan awam serta membuktikan bahawa penjawat awam wanita di Malaysia memainkan peranan yang signifikan dalam pentadbiran negara," katanya.
Berdasarkan statistik semasa, pegawai wanita adalah kumpulan majoriti iaitu 57.5 peratus dalam perkhidmatan awam yang terdiri daripada kumpulan pengurusan tertinggi sehinggalah kepada kumpulan pelaksana.
"Peratusan itu tidak termasuk polis dan tentera," kata Ali dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis amanat Ketua Setiausaha Negara kepada pegawai wanita jawatan utama dan gred khas sektor awam di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
Majlis amanat dihadiri kira-kira 300 orang itu merupakan idea Ketua Setiausaha Negara bertujuan merapatkan jalinan ukhuwah selain berkongsi idea mengenai aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Dalam amanatnya, Ali menyeru pegawai kanan wanita dalam perkhidmatan awam untuk fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih jitu untuk rakyat, menyokong kerajaan dalam mempertingkatkan produktiviti dan mengukuhkan imej sektor awam sebagai sektor utama dalam memacu pembangunan negara.
Ini memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa 2017 merupakan 'Year of Delivery' atau tahun penyampaian, katanya.
"Dari segi penyampaian, saya amat yakin golongan wanita dapat melaksanakan perkara ini dengan baik. Hakikatnya, golongan wanita mempunyai sifat 'empathy' yang amat tinggi berbanding lelaki.
"Ini harus digunakan dengan sebaiknya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Mengenai TN50, Ali berkata golongan wanita telah dikenal pasti sebagai salah satu fokus utama dalam TN50.
"Dalam hal ini, peranan golongan wanita dalam perkhidmatan awam tentunya antara perkara yang perlu diteliti menjelang 2050.
"Pada masa akan datang, terdapat keperluan untuk meningkatkan lagi jumlah wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam. Perkara ini menggambarkan keadaan semasa di universiti-universiti tempatan," katanya.
Kata beliau, kerajaan percaya pegawai-pegawai wanita dalam perkhidmatan awam akan terus mendukung aspirasi kepimpinan negara seterusnya meneruskan sumbangan yang berkesan dalam pembangunan negara.
Justeru, katanya, langkah berterusan akan dilaksanakan untuk memperkasakan kepimpinan wanita dalam arus pembangunan negara khususnya ke arah merealisasikan TN50.
Pada majlis tersebut, Ali turut menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada 14 pegawai wanita.
Antara yang hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017

ALI: Malaysia sudah mengatasi sasaran kuota 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.

Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.

Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.

Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.

Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.

Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.

Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.

Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.

Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.

Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.