Seorang wanita kerdil yang mendakwa dirinya "puteri Sultan Pahang" mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan memperoleh wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2,841,690.
Rohaida Yahil, 41, yang memakai baju T lengan pendek berwarna hitam dan tudung biru gelap, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan semula secara berasingan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.
Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum namun Rohaida yang merupakan eksekutif insurans itu menukar pengakuannya selepas melantik peguam.
Terdahulu peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah bahawa Rohaida memerlukan masa untuk mendapatkan khidmat dan nasihat guaman.
"Rohaida sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dua bulan di Mahkamah Majistret (atas pertuduhan menipu wang tunai RM1.203 juta). Namun pihak Timbalan Pendakwa Raya telah memfail rayuan untuk meminta hukuman itu ditambah.
"Tertuduh asalnya berpuas hati dengan hukuman yang ditetapkan (bagi pertuduhan menipu) tetapi disebabkan ada rayuan itu, tertuduh perlu menimbang keputusannya (pengakuan) dalam kes ini (pengubahan wang haram)," kata peguam itu.
Hakim Rushan Lutfi menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Shahrir.
Bagi pertuduhan pertama, Rohaida didakwa memperoleh wang ke dalam akaun simpanan CIMB Bank Berhad cawangan Ampang Point miliknya, melalui transaksi berjumlah RM3,400 daripada akaun simpanan Maybank milik Khuzairiah Abdul Latiff, 40.
Dia didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua hingga kelapan, dia didakwa memperoleh wang ke dalam akaun simpanan CIMB Bank Berhad miliknya daripada Khuzairiah dan Mohd Ghazali Othman, 45, melalui 284 transaksi berasingan membabitkan jumlah RM2,838,290.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di CIMB Bank cawangan Ampang Point, No.23, Jalan Mamanda 7/1, Wisma Ampang Triangle, Jalan Ampang, di sini antara 28 Ogos 2014 hingga 22 April 2016.
Tujuh pertuduhan itu mengikut Subseksyen 4(1)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta atau yang mana lebih tinggi.
Pada 14 Mac lepas wanita itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang atas 53 pertuduhan menipu seorang pakar bedah kosmetik Datuk Dr Abdul Jalil Jidon, 60, untuk mempercayai dia adalah puteri Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bagi memperdaya mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM1.203 juta kepadanya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Mac 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2017
Rohaida Yahlil, 41, dipenjara tiga tahun dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana menipu seorang pakar bedah kosmetik bergelar Datuk berjumlah RM1.203 juta. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kes rasuah zakat Pulau Pinang: SPRM sambung reman CEO ZPP
SPRM Pulau Pinang hari ini mendapatkan perintah menyambung reman selama empat hari terhadap CEO Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan seorang pegawai kanannya bagi bantu siasatan.
Wanita dakwa "puteri Sultan Pahang" hadapi lapan pertuduhan terima RM2.8 juta
Seorang wanita kerdil yang mendakwa dirinya "puteri Sultan Pahang" mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang.
Tian Chua mengaku tidak bersalah
Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung isu Lahad Datu.
Permohonan Anwar diketahui 18 Jan
Tarikh itu ditetapkan selepas makhamah mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed dan peguam Karpal Singh.