Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut berkenaan isu Lahad Datu.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini.
Empat kenyataan berbaur hasutan yang dibuat pada 1 Mac itu adalah:
- Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang
kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
- Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik
wayang mainan kerajaan Umno.
- Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk
menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian
pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan
rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan
- Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah,
terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
Ahli Parlimen Batu itu didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park,
Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada pukul 11 pagi.
Timbalan pendakwa raya (DPP) Yusaini Amir Abdul Karim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua memohon anak guamnya dibebaskan dengan bon sendiri iaitu tanpa wang atau penjamin dengan alasan tertuduh telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang siasatan kes itu dan tidak mungkin anak guamnya akan melarikan diri dan tidak hadir semasa perbicaraan.
Surendran berkata pertuduhan yang dihadapi tertuduh juga tidak mempunyai merit dan pihak pendakwaan berkemungkinan tidak akan berjaya membuktikan kes prima facie sekiranya tiada merit.
Peguam itu juga berkata Perdana Menteri pada 11 Julai tahun lepas telah mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Hasutan 1948 yang dihadapi anak guamnya akan dimansuhkan sepenuhnya.
"Ia bersifat tidak adil kepada tertuduh kerana ada akujanji daripada Perdana Menteri bahawa akta hasutan itu akan dimansuhkan dan kemungkinan pihak pendakwaan untuk berjaya dalam kes ini adalah tipis," katanya.
Yusaini Amir pula berhujah tujuan pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 itu adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan jumlah itu juga munasabah.
Yusaini Amir berkata segala bukti dan keterangan akan dikemukakan kepada mahkamah semasa perbicaraan dan pada peringkat ini adalah terlalu awal untuk mengatakan tiada prima facie dalam kes itu.
Mengenai hujahan peguam bahawa Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan berhubung akta hasutan itu akan dimansuhkan, Yusaini Amir berkata akta itu masih berkuatkuasa dan selagi ia sah, akta itu tidak boleh dilanggar.
Sementara itu Surendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan atas alasan salah guna kuasa kerana pertuduhan yang dihadapi anak guamnya itu berbaur politik.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April depan untuk sebutan kes.
Mohamad Sekeri berkata akta hasutan itu masih belum dimansuhkan dan selagi belum dimansuhkan, akta itu masih terpakai.
Jika sabit kesalahan Chua boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
Astro Awani
Thu Mar 14 2013
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.