KUALA LUMPUR: Polis menggempur tiga premis pelacuran dan menahan 30 wanita warga asing di sekitar ibu negara, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dilakukan pihaknya bermula jam 7.45 malam di Jalan Pasar Baharu, di Jalan Pudu dan Jalan Imbi.
Menurutnya, hasil serbuan menahan 30 wanita warga asing berumur lingkungan 23 tahun hingga 59 tahun disyaki pelacur.
"Turut dirampas 14 gulung tisu, tuala mandi (16), tiub pelincir (3), tisu basah (16), kondom (100), kad akses (1), losyen (4) dan wang tunai RM400.
"Kesemua yang ditahan direman selama empat hari hingga 18 Disember bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 16 2023

Polis menggempur tiga premis pelacuran di sekitar ibu negara, pada Khamis. - Foto Sinar Harian Gambar kecil: Noor Dellhan
10 Berita Pilihan - (27 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 28 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gene Hackman ditemukan mati bersama isteri, anjing peliharaan
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa, di kediaman mereka di New Mexican, pada tengah hari Rabu.
40 lelaki uyghur diusir dari Thailand
Seramai 40 warganegara China berbangsa Uyghur yang menduduki Thailand secara haram, telah dihantar pulang ke China pada Khamis.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Lapan terkorban dalam kebakaran di Bandar Quezon
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kebakaran bangunan kediaman setinggi tiga tingkat di Kampung San Isidros Galas, Bandar Quezon, Filipina
Dua lelaki disebat kerana amal hubungan sejenis
Dua lelaki di Wilayah Aceh, Indonesia telah dikenakan hukuman sebat secara terbuka selepas Mahkamah Syariah menyabitkan mereka berdua atas kesalahan melakukan persetubuhan sejenis.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Penubuhan majlis media pastikan industri kekal mampan
Selepas 50 tahun, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengamal media.
Akta PSB: "Kalau mereka anjur perhimpunan, saya akan turun lawan mereka" – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat kerajaan bagi menggubal akta pembaharuan semula bandar (PSB) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.
Kes IPIC: AG perlu kemukakan pertuduhan baharu terhadap Najib – NGO
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis mendesak Peguam Negara (AG) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menyatakan jangka masa pertuduhan baharu terhadap Datuk Seri Najib Tunk Razak berhubung dana RM6.6 bilion berkaitan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Pesawah terima RM15 juta untuk persediaan Ramadan dan Aidilfitri
Perdana Menteri mengumumkan pesawah di seluruh negara akan menerima bantuan persediaan awal menjelang Ramadan dan Aidilfitri sebanyak RM15 juta.

Polis serbu 11 premis termasuk medan selera disyaki terlibat aktiviti pelacuran
Polis menahan 47 individu termasuk 39 warga asing dalam serbuan terhadap 11 premis disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang di sini, petang semalam.

Wanita 59 tahun antara ditahan serbuan di tiga premis pelacuran
Hasil serbuan menahan 30 wanita warga asing berumur lingkungan 23 tahun hingga 59 tahun disyaki pelacur.