Pemberian wang ehsan hasil bayaran tunai Petronas di buat secara telus dan tidak bersembunyi.
Pemberian yang disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) diterima oleh Kelantan sejak tahun 2010
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, pihaknya mengalu-alukan jika Jabatan Audit Negara ingin membuat audit mengenai pemberian wang ehsan kepada rakyat Kelantan.
“Akaun kerajaan sentiasa di audit oleh Jabatan Audit Negara dan sekiranya pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan pengagihan wang ehsan, pihak kami bersedia untuk di audit,” kata Mustapha.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan exco kanan PAS Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendesak supaya Jabatan Audit Negara melakukan audit mengenai pengagihan wang ehsan.
Husam mendakwa timbul kekeliruan mengenai jumlah wang ehsan yang diterima setakat ini selain pengagihan wang tersebut di dakwa tidak telus.
Terdahulu sebelum itu Mustapha yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan merasmikan hari terbuka Wisma Persekutuan dan Karnival Koperasi Kelantan yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Menurut Mustapha lagi: “Kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta mengenai pengagihan wang ehsan dan setakat ini sejumlah lebih RM 60 juta wang ehsan telah diagihkan kepada rakyat Kelantan.”
Pengagihan wang ehsan melibatkan: pelajar cemerlang, pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah, pelajar sekolah rendah dan menengah serta keluarga yang ditimpa malapetaka dan bencana.
Astro Awani
Sun Dec 09 2012

AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Demi rakyat, Tok Pa dan Kian Ming sedia 'minum kopi' bersama
Dua pemimpin dari berlainan sayap itu sedia duduk semeja untuk bertukar idea bagi membangunkan bersama pelan pembangunan ekonomi negara.
'Usah politikkan isu royalti minyak' - Tok Pa
Datuk Seri Mustapha Mohamed menyatakan isu tuntutan royalti minyak Kelantan tidak perlu lagi dipolitikkan kerana perbincangan mengenai isu itu sudah mula diadakan.

Jangan sabotaj jika tidak terpilih sebagai calon
Datuk Seri Mustapha Mohamed meminta supaya pimpinan Umno tidak sabotaj jika tidak terpilih sebagai calon.

'Pembinaan masjid tanggungjawab kerajaan pusat'
Lebih 20 masjid baru telah dibina oleh kerajaan pusat di Kelantan sejak 2008.

Tetap salur kepada Kelantan
Lebih 20 masjid baru telah dibina oleh kerajaan pusat di Kelantan sejak 2008.

Wang ehsan di Kelantan dibuat secara telus
Pemberian wang ehsan hasil bayaran tunai Petronas yang diterima oleh Kelantan di buat secara telus dan tidak bersembunyi.