KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis lepas dan polis telah merampas tiga unit telefon bimbit, lapan kad ATM pelbagai bank, wang tunai RM4,400 serta sebuah komputer riba.
"Siasatan setakat ini mendedahkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan.
"Ini memandangkan urusan tersebut hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank pada awal Jun lepas di Petaling Jaya, Selangor apabila mangsa menyedari terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu membabitkan beberapa akaun simpanan.
Ramly berkata semua pemilik akaun menafikan bahawa mereka tahu tentang perkara itu dan tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk membuat pengeluaran.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang mengesan serta mengenal pasti beberapa individu lain yang terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
RAMLI: Siasatan setakat ini mendedahkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan. - Gambar fail/BERNAMA
Hannah harap kejayaan Para SUKMA 2024 jadi inspirasi daftar anak OKU
Menurut rekod, hanya 700,000 kad OKU dikeluarkan setakat ini sedangkan dianggarkan lebih empat juta OKU masih belum berdaftar.
Gema suara Malaysia sampaikan isu di pentas dunia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap peningkatan gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang menyasarkan golongan minoriti, terutamanya melibatkan umat Islam.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap peningkatan gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang menyasarkan golongan minoriti, terutamanya melibatkan umat Islam.
Hubungan Malaysia-Mesir diperkukuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini - Menteri Luar Mesir
Abdel Aati menyatakan harapan agar hubungan dua hala antara kedua-dua negara akan terus berkembang dan memupuk kerjasama yang lebih erat.
Suara Malaysia merentasi pelbagai isu di pentas badan dunia
Bersama wartawan Astro AWANI yang berada di New York bagi membawakan laporan berkenaan UNGA ke-79.
UNGA 79: Malaysia cadang PBB lantik Wakil Khas tangani isu Islamofobia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Tingkatkan penglibatan negara Selatan Global dalam agenda dunia
Malaysia menyeru ke arah meningkatkan penglibatan negara Selatan Global (Global South) dalam tadbir urus global, pembiayaan Pembangunan dan tindakan iklim. Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, suara negara-negara membangun tidak boleh lagi diabaikan.
UNGA 79: Isu Laut China Selatan jadi fokus Malaysia
Malaysia bersedia mempengerusikan ASEAN pada 2025 dan komited mengukuhkan peranan blok serantau dalam memacu masa depan rantau Asia Pasifik dengan daya tahan, keterangkuman dan mengekalkan keamanan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan global.
ASEAN: Malaysia komited perkukuh peranan blok serantau
Malaysia bersedia mempengerusikan ASEAN pada 2025 dan komited mengukuhkan peranan blok serantau dalam memacu masa depan rantau Asia Pasifik dengan daya tahan, keterangkuman dan mengekalkan keamanan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan global.
[TERKINI] UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas, tangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
23 terbunuh, 65 cedera dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
Pesawat dan dron Israel melancarkan kira-kira 90 serangan pada waktu petang, menyasarkan kira-kira 45 kampung dan bandar di selatan Lubnan.
Songlap RM2 juta: Kakitangan bank pindah wang ke 11 akaun sebelum meninggal
Seorang kakitangan bank yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu, sempat memindahkan wang simpanan tetap milik pelanggan yang dipercayai dicurinya berjumlah lebih RM2 juta.
Curi RM24.2 juta: 14 individu ditahan terima komisen antara RM100,000 hingga RM240,000
Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.
Wang dalam akaun hilang babitkan kerugian RM24.2 juta, polis tahan kakitangan bank
Polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.
Peguam rugi RM115,000 diperdaya Macau Scam
Suspek memberitahu terdapat satu kad kredit yang didaftarkan atas nama mangsa didapati melakukan transaksi mencurigakan.
SPRM tahan enam kakitangan bank minta, terima rasuah lulus 110 pinjaman peribadi
Kesemua suspek lelaki berusia 36 hingga 45 tahun yang bertugas di beberapa cawangan bank itu sekitar Lembah Klang, ditahan 4.45 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor.