KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sejumlah AS$61 juta dan GBP9.46 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya melalui pindahan wang luar negara daripada tiga syarikat didakwa berkaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Pengurus Bahagian Unit SWIFT di Ambank (M) Berhad Wedani Senen, 48, berkata kesemua transaksi melibatkan akaun bekas Perdana Menteri itu adalah di antara Mac 2013 dan Dis 2014 dengan nombor akaun 2112022009694 menggunakan kod nama AmPrivate Banking-MR dan 2112022011880 kod nama AmPrivate Banking-1MY.
Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata terdapat pemindahan wang berjumlah AS$61 juta ke akaun Najib daripada Tanore Finance Corporation.
Pada prosiding sebelum ini, Tanore dinyatakan sebagai antara entiti yang menerima wang haram daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain didakwa mempunyai kaitan dengan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
Wedani juga berkata akaun Najib yang berakhir dengan nombor 880 menerima GBP750,000 daripada Blackrock Commodities (Global) Limited pada 23 Jun 2014.
"Akaun sama turut menerima wang daripada Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) melalui lima transaksi iaitu GBP5,750,000 (19 Okt 2014), GBP694,343.62 dan GBP2,216.01 (24 Nov 2014), GBP995,000.00 (5 Dis 2014) dan GBP1.26 juta (18 Dis 2014)," katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.
Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) telah mengenal pasti Vista Equity dan Blackrock Commodities sebagai 'shell company' (syarikat yang hanya wujud di atas kertas) yang didakwa mempunyai kaitan dengan Tan.
Ketika disoal balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, Wedani berkata beliau tidak membuat sebarang laporan kepada Bank Negara (BNM) mengenai transaksi melibatkan jumlah wang besar ke dalam akaun Ahli Parlimen Pekan itu.
"Unit kami tidak membuat sebarang laporan kerana terdapat bahagian lain yang menguruskan pelaporan kepada BNM.
"Saya juga tidak pasti sama ada BNM ada menimbulkan sebarang amaran dan meminta bank memberikan penjelasan mengenai kesemua transaksi melibatkan wang yang besar itu," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022

Saksi itu berkata kesemua transaksi melibatkan akaun bekas Perdana Menteri itu adalah di antara Mac 2013 dan Dis 2014. - Gambar fail
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.