Walaupun diuji dengan kebakaran besar, penduduk Sungai Lembing di sini tetap bersemangat kental untuk membangunkan semula pekan tersebut.
Mereka yakin pekan Sungai Lembing akan kembali seperti sedia kala tidak lama lagi.
Sikap optimis ini jelas terbayang, semasa Bernama menemui sebilangan penduduk yang terjejas dengan bencana itu, di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Lembing yang dijadikan pusat penempatan sementara.
Menurut mereka, ini disebabkan keprihatinan pelbagai pihak yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan kepada, sejak kejadian berlaku sehingga ke saat ini.
Penduduk, Kong Swee Leng, 65, yang kehilangan kedai runcit dua tingkat pada kejadian itu berkata akan berusaha untuk membina semula 'kehidupannya' di tapak asal yang merupakan peninggalan pusaka suaminya.
"Kedai runcit dan rumah di tingkat dua adalah satu-satunya peninggalan suami. Sudah lebih 50 tahun saya tinggal di sini selepas berkahwin, jadi nilai sentimentalnya sangat mendalam buat saya. Saya tiada tempat lain hendak tuju.
"Saya harap kerajaan negeri dapat membantu memberi geran atau pajakan untuk kami yang terjejas dalam kebakaran itu, kerana kawasan ini adalah tapak warisan," katanya.
Kong menambah, sementara menanti rumah dan kedainya dibina semula, beliau bercadang untuk menumpang secara bergilir-gilir di rumah anak dan saudara supaya tidak terlalu menyusahkan mereka.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana ketika bencana berlaku semalam, beliau berada di rumah anak perempuannya di Taman Impianku yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Sungai Lembing.
Hakikat beliau terselamat disifatkan sebagai 'peluang kedua buat dirinya'.
"Jika berada di rumah, sudah pasti sukar untuk saya menyelamatkan diri kerana saya tidur di bahagian atas. Saya mempunyai masalah lutut yang menyukarkan saya untuk berjalan... apa lagi untuk berlari dalam keadaan kecemasan seperti semalam," katanya.
Seorang lagi mangsa, Chang Fam Meng @ Chen Fam Meng, 83, yang tinggal seorang diri di situ juga berkata tidak akan berpindah ke tempat lain kerana seluruh kehidupannya sudah dihabiskan di pekan yang merupakan tapak peninggalan bandar perlombongan bijih timah.
Katanya, rumah yang musnah dalam kebakaran itu adalah peninggalan ibu bapanya dan berdasarkan pengalaman berjiran di pekan itu, beliau tahu mereka di situ akan saling membantu untuk kembali seperti sedia kala.
"Orang di sini semuanya baik hati. Ramai yang datang bertanya khabar. Bantuan juga tidak putus-putus tiba, bukan hanya dari kerajaan tetapi juga dari badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.
"Saya tahu perjalanan kami untuk membina semula pekan ini tidak mudah, tapi semangat dan bantuan daripada ramai pihak menjadikan tidak mustahil untuk kami bangkit," katanya.
Walaupun sedih kehilangan rumah pusaka, seorang lagi mangsa Yong Siew Meng, 43, juga berhasrat supaya pembangunan semula bangunan terbakar itu dibuat dengan mengekalkan reka bentuk sedia kala.
Katanya, susun atur deretan kedai dan rumah setingkat yang terletak di tengah-tengah pekan kecil Sungai Lembing itu menjadi identiti tersendiri kawasan itu, yang merupakan satu daripada lokasi tarikan pelancong di Kuantan.
Pada kejadian 1.30 pagi semalam, sebanyak 32 bangunan di Sungai Lembing musnah dalam kebakaran melibatkan 20 unit kedai dua tingkat, 11 unit rumah dan sebuah perpustakaan selain meragut nyawa sepasang suami isteri warga emas. -- Bernama
Bernama
Sun Sep 01 2019
Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan siasatan di lokasi kejadian kebakaran besar di Sungai Lembing Sabtu lalu. - BERNAMA
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Walaupun diuji, semangat penduduk Sungai Lembing tetap kuat
Walaupun diuji dengan kebakaran besar, penduduk Sungai Lembing di sini tetap bersemangat kental untuk membangunkan semula pekan tersebut.