"Hendak jadi wakil rakyat perlu memainkan peranan sebenar, bukan hanya pandai bercakap."
Itu teguran Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman Said kepada pembangkang yang bercita-cita untuk menawan 15 kerusi parlimen di Johor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Azalina berkata beliau sudah arif dengan permainan pembangkang yang hanya pandai berpolitik berbanding memperjuangkan isu-isu tempatan di kawasan mereka.
"Ini dapat dibuktikan apabila tidak ramai daripada mereka (wakil rakyat pembangkang) mengutarakan soalan-soalan Parlimen berkenaan dengan kawasan mereka.
Mereka lebih banyak membangkitkan isu-isu nasional yang bagi saya, kadang-kadang sudah basi," kata Anggotai Parlimen Pengerang itu kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di sini hari ini.
"Jadi kepada pembangkang dan juga Rafizi...kalau cakap hendak tawan Johor, semua orang pun boleh bercakap dan berangan.
Tetapi bagi saya, ukuran sebenar adalah pilihan raya dan ketika pilihan raya, saya pasti rakyat lebih bijak malah juga saya yakin kawasan-kawasan yang ditawan pembangkang dahulu, akan kembali kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat Pakatan Harapan untuk memenangi sebanyak 50 kerusi Parlimen pada PRU-14 kelak.
Pada awal bulan ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata sebanyak 15 daripada keseluruhan kerusi itu adalah di Johor antaranya Parlimen Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau, Sembrong, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Sekijang, Pulai dan Sri Gading.
"Rafizi bukan orang Johor jadi dia tidak faham politik orang Johor yang sentiasa menyokong BN dan berkiblatkan Umno.
Mungkin dia boleh cuba bertanding di Pengerang (untuk tahu). Menang atau kalah adat bertanding tetapi lawan tetap lawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2017
Azalina sudah arif dengan permainan pembangkang yang hanya pandai berpolitik berbanding memperjuangkan isu-isu tempatan di kawasan mereka.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah
Azam Baki berkata pelantikan berprestij itu dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan disifatkan satu detik bersejarah buat negara.
Tiga kertas kerja berkaitan GISB dibentangkan di Parlimen minggu depan - Azalina
Tiga kertas kertas kerja berkaitan GISB akan dibentangkan pada hari kedua Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.