Kebanyakan penduduk di Sarawak terutama di luar bandar tersentuh hati dengan kenyataan wakil rakyat DAP, Wong King Wei berhubung masa perjalanan yang akan diambil setelah Jambatan Batang Sadong di Samarahan dibuka kepada orang ramai.
Tuai Rumah Kampung Sungai Bulu, Sili ak Bunsi, 70, kecewa dengan kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Padungan itu kerana penduduk luar bandar telah sekian lama menunggu untuk jambatan itu menjadi kenyataan.
"Beliau (Wong) dan partinya sentiasa mempolitikkan isu pembangunan di Sarawak.
"Saya telah beritahu orang kita untuk tidak menghiraukan apa yang dikatakan mereka kerana kita tahu dengan siapnya Jambatan Batang Sadong, ia akan memberi kita banyak manfaat," katanya.
Wong dilapor sebagai berkata berdasarkan perkiraan partinya, masa perjalanan yang akan diambil dengan jambatan itu bukan pendek, tetapi adalah lebih lama kerana perlu turut menggunakan perkhidmatan feri.
Sementara itu wakil masyarakat Cina Sadong Jaya, Teo Thuan Theng berkata DAP mahu dilihat sebagai juara rakyat dan sengaja mencipta isu.
"Mereka boleh terus menyalak tetapi kami tidak akan menghiraukan isu kecil seperti ini kerana kami tahu mereka tidak konsisten dengan prinsip mereka.
"Kempen Go-Rural mereka, sebagai contoh, hanya cakap kosong," kata Teo.
Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) Simunjan, Shukran turut mengecam kenyataan DAP itu dengan berkata parti tersebut telah gagal melihat kesusahan rakyat di kawasan berkenaan yang perlu dihadapi tanpa terdapat jalan dan perhubungan yang baik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong berkata agenda politik antipembangunan DAP Sarawak bertentangan dengan kempen mereka 'Impian Sarawak'.
"Tidak sampai dua tahun lalu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen telah mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional negeri, di Dewan Undangan Negeri berhubung permintaan tambahan bajet pembangunan bernilai RM500 juta bagi menjana pembangunan kawasan luar bandar di Sarawak," ujarnya.
Beliau berkata kenyataan Wong membuktikan kejahilan DAP dengan harapan masyarakat luar bandar agar pembangunan sampai kepada mereka.
"Seperti yang dilapor dalam FMT, DAP menerusi Wong telah mempersoalkan pembinaan Jambatan Batang Sadong dalam kawasan saya dan beliau gagal untuk memahami inspirasi dan komitmen kerajaan BN untuk menyediakan perhubungan dan pembangunan kepada rakyat di negeri ini," katanya.
Nancy berkata tidak dapat dinafikan jambatan itu akan memendekkan masa perjalanan tidak kurang daripada satu jam atau 70 atau 80 kilomter daripada Kuching ke Simunjan, Sebuyau dan kawasan pantai hingga Batang Lupar dan kawasan lain.
Beliau berkata Wong gagal memahami bahawa apabila siap jambatan tersebut, ia akan menggalakkan aktiviti ekonomi termasuk di kawasan pantai.
"Dengan adanya alat perhubungan ini, beberapa industri besar dan pelabur telah menyatakan minat untuk terlibat dalam kawasan saya yang disasar lebih banyak industri besar akan melabur pada masa depan," katanya.
Beliau menyaran agar rakyat menolak kempen 'Impian Sarawak' oleh DAP yang kononnya boleh membawa pembangunan di luar bandar, tetapi ia hanya berupa gimik politik bagi memenuhi agenda mereka. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2016
Projek Jambatan Batang Sadong telah dijadikan modal politik. - Sumber foto http://sarawakia.blogspot.my
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
Nancy setuju Jambatan Batang Sadong diberi nama sempena Tan Sri Adenan Satem
Saya tidak ada bantahan, bagaimanapun terserah kepada kerajaan untuk membuat keputusan.
Wakil rakyat DAP sakiti perasaan penduduk luar bandar Sarawak
Nancy Shukri menyaran agar rakyat menolak kempen 'Impian Sarawak' oleh DAP yang kononnya boleh membawa pembangunan di luar bandar.