Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa wabak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) membabitkan seorang lelaki yang baru pulang dari mengerjakan umrah diisytiharkan tamat.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana tiada kes baru jangkitan MERS-CoV dikesan dari seluruh negara, menjadikan kes kekal sebanyak satu sahaja dan juga tiada kejadian kluster jangkitan virus itu dilaporkan di kalangan kontak rapat jemaah itu.
Katanya kementerian menjalankan pemantauan tempoh jangkitan selama dua tempoh inkubasi penyakit berkenaan iaitu selama 28 hari dari hari pertama kes dikesan iaitu pada 24 Dis lepas dan berakhir Sabtu lepas.
"Secara kumulatif, seramai 75 kontak telah berjaya dikesan dan daripada jumlah tersebut, seramai 59 orang kontak rapat telah diletakkan di bawah pengawasan di rumah selama 14 hari bermula dari hari terakhir kontak bertemu dengan kes.
"Kesemua sampel yang diambil di kalangan kontak rapat kes telah diuji dan dilaporkan negatif jangkitan MERS-CoV," kata beliau dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mangsa jangkitan MERS-CoV melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari Selangor dikesan positif MERS-CoV selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
Mangsa dilaporkan mengalami gejala demam, batuk, lemah badan, lelah dan sakit kaki sejurus tiba di tanah air pada 23 Dis lepas.
Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah kesiapsiagaan perlu dijalankan secara berterusan memandangkan Malaysia adalah berisiko mendapat jangkitan penyakit MERS-CoV terutama di kalangan mereka yang menunaikan umrah sepanjang tahun.
Menurut beliau, sebagai langkah waspada, agensi pelancongan khususnya yang menguruskan jemaah umrah dan haji diminta memperkukuhkan kesedaran di kalangan jemaah mengenai risiko jangkitan penyakit berkenaan.
"Masih belum wujud vaksin khusus untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit MERS-CoV dan juga tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini.
"(Namun) para jemaah adalah amat digalakkan untuk mengambil vaksin influenza bermusim dan pneumococcal bagi membantu perangsang imuniti, khususnya melibatkan sistem pernafasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2018
![Wabak jangkitan MERS-CoV di Malaysia diisytiharkan tamat - KP Kesihatan Wabak jangkitan MERS-CoV di Malaysia diisytiharkan tamat - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514466842_KPK.jpg)
Noor Hisham berkata, masih belum wujud vaksin khusus untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit MERS-CoV dan juga tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. - Gambar fail
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![RM1.2 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 29 jam biaya kos perubatan bayi pramatang M'sia RM1.2 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 29 jam biaya kos perubatan bayi pramatang M'sia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614636398_bayipramatang.jpg)
RM1.2 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 29 jam biaya kos perubatan bayi pramatang M'sia
Kutipan derma itu, yang diumumkan 28 Feb dalam portal NGO tersebut, berakhir pada kira-kira 5.45 petang semalam selepas mencapai matlamatnya.
!['PKPB, PKPP sama sahaja', pakar gesa penilaian semula SOP 'PKPB, PKPP sama sahaja', pakar gesa penilaian semula SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605657158_TBPKPBASRAMATOPGLO.jpg)
'PKPB, PKPP sama sahaja', pakar gesa penilaian semula SOP
Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohd selepas mendapati SOP di kawasan PKPB dan PKPP seperti tidak ada beza.
![Perlu 28 hari tanpa kes baharu untuk isytihar bebas COVID-19 - Dr Noor Hisham Perlu 28 hari tanpa kes baharu untuk isytihar bebas COVID-19 - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591782635_DatukDrNoorHisham.jpg)
Perlu 28 hari tanpa kes baharu untuk isytihar bebas COVID-19 - Dr Noor Hisham
Negara hanya boleh diisytiharkan bebas daripada jangkitan COVID-19 sekiranya merekodkan sifar kes baharu untuk tempoh 28 hari iaitu dua kitaran inkubasi.
![COVID-19: Thailand lancar aplikasi kesan mereka yang jalani kuarantin sendiri COVID-19: Thailand lancar aplikasi kesan mereka yang jalani kuarantin sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583877708_VirusOutbreakThail.jpg)
COVID-19: Thailand lancar aplikasi kesan mereka yang jalani kuarantin sendiri
Aplikasi itu adalah bagi memastikan rakyat Thailand serta pelancong yang dibenarkan keluar dari Zon Penyakit Berjangkit COVID-19 berada di dalam rumah selama 14 hari semasa tempoh inkubasi.
![Wabak jangkitan MERS-CoV di Malaysia diisytiharkan tamat - KP Kesihatan Wabak jangkitan MERS-CoV di Malaysia diisytiharkan tamat - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514466842_KPK.jpg)
Wabak jangkitan MERS-CoV di Malaysia diisytiharkan tamat - KP Kesihatan
Tiada kes baru jangkitan MERS-CoV dikesan, menjadikan kes kekal sebanyak satu sahaja dan juga tiada kejadian kluster jangkitan virus itu dilaporkan di kalangan kontak rapat jemaah itu.