PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat memburu sindiket utama yang menggajikan syarikat produksi untuk pembikinan dua video hari raya, yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian.
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata siasatan awal mendapati dua video mempromosi perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial itu adalah daripada produksi yang sama.
"Kita akan kesan siapa syarikat yang gajikan syarikat produksi ini untuk menerbitkan kedua-dua video tersebut.
"Setakat ini, kita hanya tahan penerbit dan para pelakon. Mereka adalah pengantara dan selepas itu barulah kita boleh dapatkan sindiket atau individu yang bertanggungjawab terlibat dengan syarikat produksi ini untuk menerbitkan video tersebut," katanya dalam sidang media mengenai iklan promosi judi bertemakan Aidilfitri di sini semalam.
Turut serta ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Dev berkata setakat ini, 13 individu termasuk penerbit dan pelakon telah ditahan bagi membantu siasatan pembikinan kedua-dua video yang mempromosikan judi dalam talian itu.
Sembilan individu ditahan selepas video pertama tular manakala empat lagi ditahan selepas video kedua dikeluarkan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, katanya.
Sementara itu, Fadhlullah berkata tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati masih berdegil dengan memuat naik video tersebut di mana-mana platform media sosial untuk apa-apa tujuan tertentu.
"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan semula kedua-dua video tersebut kerana ia bukanlah satu kandungan yang baik," katanya.
Sejak Jumaat, tular dalam media sosial mengenai penyiaran iklan yang mengajak umat Islam di dalam negara berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Aidilfitri, dan MCMC sedang menggiat usaha menurunkan kandungan berkenaan dengan kerjasama penyedia platform seperti Facebook, Twitter dan YouTube.
Di KUALA LUMPUR, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata empat individu yang merupakan pelakon dalam video kedua hari raya yang mempromosi iklan perjudian ditahan Sabtu.
Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 24 dan 32 tahun itu ditahan di sekitar Ampang petang Sabtu.
Kesemua mereka direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu.
"Pelakon empat orang (untuk) video kedua (judi dalam talian) ini menerima upah kira-kira RM200 seorang. Upah video kedua ini, mahal sedikit berbanding pelakon video pertama iaitu RM180," katanya kepada Bernama semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 18 2021

Datuk Dev Kumar, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - Gambar fail

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).