Sekumpulan pemimpin veteran MCA mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya segera meletak jawatan memandangkan beliau perlu memikul sepenuh tanggungjawab terhadap kekalahan parti dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Mengakui bahawa mereka berasa sedih dan malu dengan pencapaian parti pada PRU13, kumpulan itu turut menggesa supaya pemilihan pemimpin baharu parti diadakan untuk menentukan halatuju parti, terutamanya berhubung isu perwakilan Cina dalam kerajaan.
Kumpulan 15 pemimpin veteran MCA itu terdiri daripada bekas presiden Tan Sri Lee San Choon dan Tan Koon Swan; bekas timbalan presiden Tan Sri Lim Ah Lek, bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Michael Chen, bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Lee Kim Sai dan bekas Ketua Pengarah Pentadbiran MCA Tan Sri Wong Seah Wah.
Selain itu bekas Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Sri Dr Sak Cheng Lum, bekas Bendahari Agung Tan Sri Lau Yin Pin, Datuk Jimmy Lau, bekas anggota majlis presiden Datuk Fu Ah Kiow, Datuk Wong See Chin, Datuk Wong Kam Hong, Datuk Freddie Long, Datuk Seri Kee Yong Wee dan Wang Choon Wing.
"Kami dengan merendah diri meminta presiden kami supaya melepaskan jawatan dan membenarkan pemimpin baharu untuk melakukan perubahan, memulihkan dan memberi kesedaran kepada parti.
"Kami tidak ada agenda diri ataupun menentang Dr Chua secara peribadi. Kami hanya merayu demi kecintaan kami kepada parti dan komuniti," kata jurucakap kumpulan itu, Tan Koon Swan, dalam sidang akhbar bersama di sini hari ini.
MCA mengalami satu daripada kekalahan terburuknya dalam pilihan raya setelah sekadar memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya dalam pilihan raya umum 5 Mei, berkurangan lebih daripada separuh kerusi yang dimenangi parti itu pada 2008.
Sementara itu, dalam mesyuarat agung luar biasa pada 2011, MCA meluluskan resolusi bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya pencapaiannya lebih buruk daripada pilihan raya umum ke-12.
Pada 2008, parti itu memenangi 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN, daripada sejumlah 130 kerusi yang ditandinginya.
"Hati saya hancur luluh ketika melihat berita tentang anggota parti yang menurunkan papan tanda di pusat khidmat mereka. Oleh itu beliau (Dr Chua) mesti melepaskan jawatannya segera dan biarlah jawatankuasa pusat menerusi perlembagaan parti memutuskan kepimpinan baharu dan usaha ke arah pemulihan semula parti.
"Biarlah pemimpin baharu parti memutuskan sama ada perlu atau tidak wakil MCA menerima jawatan dalam kerajaan," kata Lee.
Veteran parti itu turut menggesa anggota MCA supaya tidak meninggalkan parti di peringkat ini meskipun mengakui ramai anggota yang tidak mengundi parti itu pada PRU13.
"Kami merayu semua anggota supaya tidak meninggalkan parti, sebaliknya terus meletak kepercayaan kepada parti. Kami merayu mereka supaya kembali kepada parti, datanglah, kembali semula untuk mengubah dan memulihkan parti serta terus berkhidmat kepada komuniti.
"MCA sememangnya sebuah parti yang kuat, dengan sumber yang sangat banyak, melakar sejarah kejayaan yang membanggakan dan infrastruktur yang dibina kukuh. Kami dengan ini meminta semua anggota dan kaum Cina agar tidak hilang kepercayaan, sebaliknya kembali untuk membina semula, mengubah dan memulihkan semula parti," kata Tan.
Kepada soalan sama ada parti itu, yang beberapa tahun kebelakangan ini dicemari konflik dalaman dan luaran, dapat dipulihkan semula, Tan berkata beliau dan veteran lain menaruh harapan terhadap kemungkinan itu.
Meskipun keputusan PRU12 dan PRU13 menunjukkan majoriti kaum Cina meninggalkan parti itu, namun veteran berkenaan menegas MCA masih relevan kepada mereka dalam landskap politik hari ini yang sentiasa berubah.
Sementara itu, Lim berkata: "Jika kami merasakan MCA tidak relevan, kami tidak akan berada di sini.
"Apa yang paling penting adalah imej presiden mestilah boleh diterima. Saya sendiri turun padang untuk mendekati kaum Cina semasa berkempen bagi PRU13, itulah yang mereka mahu," katanya.
Beliau berkata imej adalah paling utama dan rakyat tidak akan mendengar cakap pemimpin yang imejnya tercemar dan lebih baik MCA diserahkan kepada pemimpin muda untuk membina semula parti itu.
Pemimpin veteran berkenaan turut mengakui kaum Cina kecewa dengan pelbagai isu termasuk rasuah, keselamatan dan keadilan, dan kegagalan MCA untuk menangani mereka dengan sewajarnya menjadi antara punca kekalahan besar parti itu dalam pilihan raya lepas.
"Kami sedar mengapa kaum Cina meninggalkan MCA. Saya rasa kekecewaan kaum ini dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh pembangkang," kata Tan.
Sementara itu, Tan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang menghargai sumbangan kaum Cina kepada negara, oleh itu beliau percaya perdana menteri akan mempertimbangkan untuk melantik wakil Cina menganggotai Kabinetnya.
Kepada soalan lain, beliau berpendapat kepentingan kaum Cina dalam kerajaan lebih baik diwakili oleh kaum itu sendiri seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional sejak parti gabungan itu dibentuk.
"Setiap kaum di negara ini diwakili dengan baik dalam Barisan Nasional. Kita perlu berganding tangan bekerjasama demi kebaikan negara ini.
"Kami lihat tiada sebab untuk amalan ini diubah, ia amat berkesan kepada kami, dan ia akan terus berkesan bagi kita semua," katanya.
Bernama
Fri May 10 2013
![Veteran MCA desak Chua letak jawatan Veteran MCA desak Chua letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81368191891_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720909841_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
![PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
![Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720304819_KembaraIniWarisan.jpg)
Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang
Penduduk di kawasan DUN Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di kawasan itu.
![[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720031129_kempensungaibakap.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
![PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719802521_kempenPilihanRaya.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
![PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719645635_DatukSeriDrZambry.jpg)
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
![BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718957976_ZahidHamidi.jpg)
BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan.
![PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715440436_TBCALONDAP.jpg)
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717859600_TBZAMBRY.jpg)
PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen
Komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan nanti.
![UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717839889_JohariAbdulGhani.jpg)
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.