Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa pelajar tingkatan dua M. Vasanthapiriya akhirnya mengaku mengambil telefon bimbit milik seorang guru R. Raymala selepas ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepadanya.
Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Nibong Tebal, Abu Salman Abdul Aziz, 35, berkata pengakuan tersebut dibuat oleh murid itu selepas berjam-jam disoal berhubung kecurian terbabit.
"Pada mulanya Vasanthapiriya tidak mengaku. Berkali-kali ditanya dia juga tidak mengaku mengambil telefon bimbit cikgu Raymala.
"Namun selepas cikgu Paramasivam menunjukkan video rakaman CCTV dalam telefon saya yang memaparkan kelibatnya masuk ke dalam pejabat dan mengambil telefon itu, terus dia mengaku," katanya.
Rakaman CCTV itu turut ditayangkan di mahkamah pada prosiding inkues hari ini.
Abu Salman berkata beliau sebenarnya berhasrat mahu menunjukkan rakaman itu kepada ibu bapa pelajar berkenaan terlebih dahulu pada keesokannya namun cikgu Paramasivam telah terlebih dahulu menunjukkan rakaman itu.
Abu Salman, saksi kesembilan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan dua itu yang meninggal dunia selepas menggantung diri, dipercayai kerana malu akibat dituduh mencuri telefon pintar seorang guru, merupakan satu-satunya guru yang diberi hak mengakses segala rakaman ke telefon bimbitnya.
Sementara itu saksi ke-10 inkues S.Yogamalar yang juga rakan baik Vasanthapiriya berkata cikgu Raymala dan suaminya serta bapa Vasanthapiriya ada datang ke rumahnya untuk bertanyakan perihal telefon berkenaan.
"Semasa mereka datang ke rumah, bapa Vasanthapiriya ada bertanyakan saya adakah Vasanthapiriya beri telefon cikgu Raymala kepada saya dan saya menjawab tidak. Kemudiannya cikgu dan suaminya serta bapa Vasanthapiriya pulang," katanya.
Yogamalar yang mengenali Vasanthapiriya sejak darjah empat berkata dia kemudiannya pergi ke rumah Vasanthapiriya bersama bapanya dengan tujuan untuk membersikan namanya yang turut terpalit dengan insiden kecurian itu.
"Bagaimanapun semasa tiba di rumah Vasanthapiriya pada jam 8.30 malam, 24 Jan lalu, kawan saya sudah dibawa ke hospital," katanya.
Inkues yang didengar di hadapan Koroner Norsalha Hamzah bersambung 20 Julai ini. Inkues dibantu pegawai pengendali yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amier Abdul Karim dan J.G. Kameni.
Vasanthapiriya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya pada 3.35 pagi, 1 Feb lalu selepas tidak sedarkan diri akibat menggantung diri di rumahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Norsalha Hamzah bersambung 20 Julai ini. - Gambar hiasan

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
KK Super Mart mengecam kekejaman terhadap haiwan dan bersedia menanggung kos rawatan perubatan anjing tersebut.

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.

Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak
Perintah reman dikeluarkan Majistret terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.