SIBU: Penduduk di Sibu diminta berwaspada dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) biarpun telah menerima vaksin COVID-19, susulan terdapat varian Delta yang telah dikesan di daerah ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes itu disahkan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melibatkan seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia yang memasuki Sarawak pada 5 Julai lepas.
"Kes tersebut telah diambil ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) pada 7 Julai dan didapati positif COVID-19. Sampel telah dihantar ke UNIMAS untuk ujian pengesahan dan kemudiannya ditahan di Hospital Sibu sejak hari tersebut," menurut kenyataan itu.
BACA: 76 lagi kes baharu varian Delta dikesan di Sarawak
Menurut JPBB Sibu, seorang lagi pendatang tanpa izin yang memasuki Sarawak bersama-sama kes itu didapati negatif namun dia masih ditahan di sebuah pusat kuarantin di sini untuk tempoh 21 hari, sementara dua orang warga tempatan yang menjadi kontak kepada kes berkenaan turut dikuarantin untuk tempoh sama.
"Sehubungan itu penduduk Sibu harus berwaspada dan amalkan SOP iaitu sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan elak ke tempat orang ramai berkumpul walaupun sudah menerima vaksin.
"Diingatkan juga supaya jangan mengambil pekerja asing yang tidak sah untuk bekerja," menurut jawatankuasa itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Kes itu disahkan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melibatkan seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia yang memasuki Sarawak pada 5 Julai lepas. - Gambar fail
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Polis giat jejak suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 petang semalam.
PM tiba di Sibu untuk lawatan kerja
Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit.
KPWKM rancang bina depoh bencana di Sibu dan Miri - Nancy
Dua depoh simpanan keperluan bencana akan dibina di Sarawak, masing-masing di Sibu dan Miri.
Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan petang semalam.
Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di Sibu.
Gudang tidak berlesen simpan beras bersubsidi bernilai RM2.1 juta dirampas
Kawal Selia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merampas 645.75 tan metrik beras bersubsidi dalam satu operasi di sebuah gudang di Sibu, Sarawak.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
Jangan buat spekulasi video tular lelaki diserang di Sibu - Polis
Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi terhadap video seorang lelaki diserang beberapa lelaki lain di Sibu yang tular menerusi laman sosial Facebook hari ini.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM
JBPM mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka.