KINABATANGAN: Pemandu dan penumpang sebuah van persiaran maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlanggar belakang sebuah lori di Jalan Lahad Datu ke Sandakan, berdekatan Simpang Estet Kertam, lewat malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 malam itu, pemandu dikenali sebagai Muhammar Ghadafi Abdul Ghafar, 38, dan penumpang Mohd Ridzuan Madarup, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan.
Difahamkan van berkenaan sedang dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu sebelum terlibat kemalangan dengan lori 10 tan terbabit.
Kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan anggota bomba selepas 40 minit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam dan bergegas ke lokasi bersama enam anggota bomba.
“Terdapat dua mangsa lelaki tersepit dalam van pelancongan berkenaan.
“Anggota bomba kemudiannya berusaha mengeluarkan kedua-dua lelaki berkenaan. Usaha mengeluarkan kedua mangsa dijalankan kira-kira 40 minit.
“Sebaik dikeluarkan, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian berpunca daripada van persiaran tersebut yang dipercayai dipandu laju.
“Van berkenaan kemudiannya telah melanggar kon yang dipasang di bahagian belakang lori treler yang rosak lalu melanggar belakang lori treler tersebut.
“Mayat sudah dihantar ke kamar mayat Hospital Kinabatangan untuk disaring swab test COVID-19 dan dibedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Radhi Muslim
Sat Sep 18 2021
Pemandu dan penumpang van persiaran maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Jalan Lahad Datu ke Sandakan, berdekatan Simpang Estet Kertam, lewat malam tadi. -PDRM/JBPM
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami
ACP Kasim Muda berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu jenis Honda Accord dan Perodua Alza.
Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terlibat kemalangan
Afiqah Syaurah Qamarul Arifin meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Pelajar maut, 9 rakan cedera kemalangan babit 10 motosikal
Seorang pelajar maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sepuluh motosikal di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, tengah malam tadi.
Kemalangan maut: Pemandu treler rempuh empat kenderaan positif dadah
Pemandu treler yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, disahkan positif dadah.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat.
Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.
Remaja lelaki maut, dua rakan parah kereta langgar pembahagi jalan plaza tol
Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan pagi ini.
Polis bantuan maut terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan 9 lembu
Seorang anggota polis bantuan maut apabila kereta dipandu terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan sembilan ekor lembu di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.
Pasangan warga emas rentung teksi dinaiki untuk ziarah anak kemalangan, terbakar
Perjalanan pasangan suami isteri untuk ke rumah anak berakhir tragedi apabila teksi dinaiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Kampung Lanchang, Jalan Jasin Merlimau, Melaka.