KUALA LUMPUR: Vaksinasi secara jumpa terus atau 'walk in' yang bermula pada 1 Ogos ini akan membantu mempercepat usaha membendung wabak COVID-19 dan meningkatkan kadar imunisasi di Lembah Klang, yang secara konsistennya menyumbang kepada kebanyakan kes harian.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata menerusi program itu, mereka yang tercicir dan belum mendapat janji temu masing-masing akhirnya boleh mendapatkan suntikan dos pertama vaksin mereka.
"Apabila kita laksanakan 'walk in' untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas kira-kira dua minggu yang lalu, kita dapati kapasiti di Lembah Klang dapat menampung permintaan yang ramai itu.
"Harap pada 1 Ogos ini, kita juga boleh menampung unjuran kapasiti yang meningkat di pusat vaksinasi dan diharapkan dengan langkah dan strategi yang kita rangka dan laksanakan, akan dapat mengawal kesesakan," katanya dalam sesi pembentangan mengenai vaksin COVID-19 bersama media secara maya.
Beliau berkata selain bantuan daripada pelbagai agensi bagi mengawal kesesakan dan sebagainya, penstriman video secara langsung akan turut dibuat untuk menunjukkan situasi semasa di PPV terbabit.
"Dengan adanya penstriman (video) secara langsung, mereka yang hendak mendapatkan vaksin di satu-satu PPV itu boleh tahu keadaannya sama ada sesak dengan orang ramai atau tidak... jadi mereka yang hendak ke sana boleh tengok dan buat keputusan hendak pergi pada hari itu atau tidak," katanya.
Mengulas situasi sesak di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang menyaksikan warga asing beratur panjang hingga ke bahu jalan utama untuk mendapatkan suntikan pada Rabu lepas, Dr Hishamshah berkata masalah itu sudah dapat diatasi semalam dan pihaknya akan terus melakukan pemantauan.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menasihati dan mengingatkan pihak majikan dalam sektor industri untuk menghantar pekerja mereka bagi mendapatkan vaksinasi secara berperingkat dan bukannya serentak bagi mengawal keadaan di PPV.
"Kesesakan di KLCC itu berlaku apabila pekerja kilang dan sebagainya datang serentak yang menyaksikan mereka datang berbelas-belas bas sekali gus... malah kadang-kadang ada pekerja mereka yang dari negeri lain rentas negeri untuk divaksinasi di Lembah Klang.
"Kita sudah nasihat pihak industri agar jangan begitu supaya pemberian vaksin ini lebih teratur dan kesesakan dapat dikurangkan malah masyarakat awam lain pun tidak takut datang... orang takut bila terlalu ramai boleh mencetuskan kluster PPV, jadi kita cuba hendak elakkan," katanya.
Beliau juga berkata meskipun 85.5 peratus jumlah populasi dewasa di Lembah Klang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pada Rabu lepas namun pihaknya berhasrat untuk meningkatkan lagi kadar suntikan kepada jumlah yang lebih tinggi terutama kepada seluruh populasi.
Menyentuh isu campuran dua vaksin, Dr Hishamshah berkata hanya individu di dalam negara yang mengalami alahan teruk terhadap suntikan dos pertama vaksin COVID-19 sahaja dibolehkan menggunakan vaksin jenis lain untuk suntikan kedua.
Beliau berkata antaranya mereka yang mengalami Anafilaksis iaitu reaksi alergi yang teruk dan berpotensi mengancam nyawa.
"Pada keadaan bila mana pengambilan dos pertama itu terdapat alahan yang teruk maka dos kedua itu kita boleh berikan vaksin jenis yang lain... itu kita boleh laksanakan.
"Jika penerima mempunyai alahan sangat teruk selepas mengambil suntikan vaksin jenis mRNA contohnya, jadi dos kedua boleh menggunakan vaksin jenis teknologi lain," katanya.
Dr Hishamshah berkata KKM bagaimanapun belum bercadang untuk melaksanakan pemberian dua jenis vaksin COVID-19 kepada penerima lain berikutan tiada data kukuh mengenai kaedah itu.
"Buat masa ini, data rasmi belum diperoleh kerana terdapat kajian yang sedang dijalankan di beberapa negara bagi meneliti hasil tindakan mencampurkan dos-dos sama ada akan memberi manfaat dan berkesan dari segi perlindungan jika kita menggunakan strategi sedemikian," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata isu pemberian vaksin berlainan dan isu suntikan vaksin ketiga atau vaksin 'booster' akan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) minggu depan susulan kekurangan data yang menyokong keperluannya.
Katanya KKM juga sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk memastikan isu kekurangan bekalan oksigen di fasiliti kesihatan dapat diatasi sekali gus memastikan ia sentiasa mencukupi.
Dr Hishamshah berkata pelbagai tindakan dilaksanakan termasuk membeli beberapa ribu pemekat oksigen untuk diguna pakai di fasiliti kesihatan selain pengisian semula silinder oksigen di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) kini dilakukan di lokasi tanpa perlu ke kilang untuk tujuan isi semula.
"Kita telah mengenal pasti pelbagai kaedah tentang bagaimana kita dapat membekalkan oksigen mencukupi di seluruh negara terutamanya meningkatkan pemberian oksigen kepada pesakit yang memerlukan di hospital.
"Kapasiti bekalan oksigen kita buat masa ini adalah mencukupi dan kita sentiasa melihat kepada permintaan luar jangkaan, itu pun sudah kita fikirkan dan bagaimana kita dapat bersiap siaga sekiranya keadaan bertambah buruk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021
Penstriman video secara langsung akan turut dibuat untuk menunjukkan situasi semasa di PPV. - Gambar hiasan/ Bernama
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Dilema tersorok ekonomi, apa yang kritikal?
Perbincangan eksklusif bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, menyelami isu-isu tersirat dalam ekonomi Malaysia. Bagaimana dari tekanan inflasi yang semakin perlahan hingga kebimbangan terhadap pertumbuhan global, apakah cabaran kritikal yang perlu ditangani segera? Ikuti diskusi lanjut.
ELSA Speak: AI Revolusi Pembelajaran Bahasa Inggeris di WEF 2025
Syarikat ELSA Speak mencuri perhatian di World Economic Forum 2025 di Davos dengan inovasi AI mereka yang mempermudah pembelajaran bahasa Inggeris. Editor kanan, Najib Aroff, menemubual pengasasnya, Vu Van, untuk mendalami perjalanan syarikat ini sejak sebelum kecerdasan buatan menjadi arus perdana.
Insentif berasaskan dasar, pacu perubahan ekonomi tingkah laku - Rafizi
Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Beliau berkata insentif itu akan dirangka mengikut dasar yang diperlukan bagi memacu perubahan ekonomi tingkah laku dan masyarakat bagi menyokong transformasi negara.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.
Pakistan lapor 40 kes polio, umum kempen vaksinasi baharu
Sebanyak enam kes polio dilaporkan tahun lalu, menurut data rasmi, turun daripada kemuncak 147 kes pada 2019.
Kempen vaksinasi polio capai lebih 82 peratus sasaran kanak-kanak di Semenanjung Gaza
527,776 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun menerima dos pertama vaksin polio di kawasan Palestin.
Kempen vaksinasi polio di Gaza diteruskan di tengah peperangan Israel
Kempen vaksinasi polio untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun diteruskan untuk hari kedua di tengah Semenanjung Gaza pada Isnin.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.
Vietnam kemas kini pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan kes COVID-19 meningkat
Hanoi mengemas kini panduan COVID-19 dengan meminta orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan pada Rabu.