KUALA LUMPUR:Ketersediaan vaksin COVID-19 bermula Februari ini tidak menjamin Pilihan Raya Umum (PRU) boleh berlangsung dalam keadaan selamat sekiranya diadakan pada waktu terdekat.
Ini kerana menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, program vaksinasi dijangka mengambil masa yang lama dan kemungkinan setahun untuk mencapai sasaran 80 peratus rakyat Malaysia.
“Walaupun ada vaksin itu adalah satu harapan, tetapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada vaksin disebabkan peringkat awal ia hanya diberikan kepada ratusan ribu orang sahaja.
“Walaupun akan meningkat ia akan mengambil masa sehingga enam bulan atau setahun jadi tempoh program vaksinasi lama.
“Keduanya, vaksin juga tidak dapat menghentikan jangkitan dalam masyarakat dalam masa yang cepat, jadi apa pun pencegahan yang utama ialah prosedur operasi standard (SOP) yang ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, elakkan perhimpunan awam dan ini akan terjejas jika berlaku PRU dalam masa terdekat,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan beberapa pemimpin politik yang menyarankan PRU15 diadakan secepat mungkin memandangkan vaksin COVID-19 akan diperolehi Malaysia tidak lama lagi.
Ketegasan yang sama turut dilontarkan Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkenaan pelaksanaan PRU ketika era pandemik.
“Saya lihat kefahaman daripada mereka yang bukan di dalam bidang kesihatan dan terlibat dengan politik kadang-kadang mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat kepada masyarakat.
“Saya bagi contoh sekarang apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan rentas negeri, ada yang membuat kenyataan inilah masa sesuai untuk kita mengadakan PRU, padahal keadaan itu tidak boleh berlaku apabila melihat kepada pola data dan keadaan kita sekarang yang terdedah kepada kluster dan kes baharu COVID-19,” jelasnya.
Sementara itu, Zainal Ariffin mencadangkan supaya kerajaan dan parti-parti politik membuat ‘road map’ (hala tuju) supaya PRU hanya boleh diadakan setahun dan ke atas selepas ini.
“Kita cadangkan supaya kerajaan atau parti-parti politik yang terlalu ingin sangat adakan PRU supaya mempunyai garis masa, jangan adakan (PRU) ketika pandemik kerana ini akan menyukarkan barisan hadapan, PRN Sabah jelas menunjukkan perkara ini berlaku.
“Saya rasakan rakyat pun tidak mahu PRU dalam masa terdekat,” jelasnya.
BACA: Pakar kesihatan rayu campur tangan Agong henti PRU15, barisan hadapan tertekan
Afiezy Azaman
Thu Jan 07 2021
![Vaksin tidak jamin PRU dalam masa terdekat selamat - Pakar kesihatan Vaksin tidak jamin PRU dalam masa terdekat selamat - Pakar kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609993845_TBVaccineCovid.jpg)
Ketersediaan vaksin COVID-19 bermula Februari ini tidak menjamin Pilihan Raya Umum boleh berlangsung dalam keadaan selamat sekiranya diadakan pada waktu terdekat. - Gambar hiasan REUTERS
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji - Johari Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708356825_JohariAbdul.jpg)
Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji - Johari
Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699579642_TBTimejpg.jpg)
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
![Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698994549_benderapakistan.jpg)
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
![Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695535599_TBMohdAmar.jpg)
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
![GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694878084_TBAbangJohari.jpg)
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.
![PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694332830_Zahid.jpg)
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
![Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690509345_PitaLimjaroenrat.jpg)
Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.
![11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe 11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687479725_TBelection.jpg)
11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
![Perkenalkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, mudahkan pengundi, jamin kestabilan - Mujibu Perkenalkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, mudahkan pengundi, jamin kestabilan - Mujibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666793279_MujibuMuis.jpg)
Perkenalkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, mudahkan pengundi, jamin kestabilan - Mujibu
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diperkenalkan sebagai langkah merejuvenasi demokrasi Malaysia.
![PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686399241_TBMohamadHasan.jpg)
PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan
UMNO tiada pilihan lain tetapi untuk bangun semula dan sediakan parti yang lebih baik untuk generasi masa depan.