KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) perlu mengkaji semula pengkategorian dan senarai semua petugas barisan hadapan dan pekerja penjagaan kesihatan yang terdedah secara langsung kepada risiko dijangkiti virus itu di bawah kategori 1 dalam garis panduannya.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ini selaras dengan gesaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempercepat ekuiti vaksin kepada semua petugas kesihatan.
"MMA menyedari bahawa vaksin bagi kategori 1 dan 2 dirancang dilaksanakan secara serentak. Bagaimanapun, perkara ini tidak digambarkan di peringkat bawahan.
"Memandangkan Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) ternyahpusat ke setiap Jabatan Kesihatan Negeri, pembabitan lebih rapat dan komunikasi lebih baik diperlukan dengan sektor penjagaan kesihatan swasta untuk koordinasi yang lebih baik serta bagi mengelak sebarang kekeliruan," menurut kenyataan itu.
Ketika ini, di bawah garis panduan itu, pengamal perubatan am, Klinik Pakar Swasta dan klinik gigi swasta disenarai di bawah kategori 2 bersama pasukan keselamatan dan pertahanan, anggota polis, guru sekolah rendah dan menengah serta kakitangan perkhidmatan penting yang lain.
Menurut MMA, doktor swasta dan kebanyakan Klinik Pakar Swasta selalunya menjadi tempat pertama pesakit yang mempunyai gejala Penyakit Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan Influenza Like Illness (ILI), iaitu gelaja biasa pesakit dijangkiti COVID-19, mendapatkan rawatan.
"Sejumlah doktor dan kakitangan mereka telah dijangkiti COVID-19 selepas terdedah kepada pesakit dengan gejala ini yang kemudian disahkan positif COVID-19.
"Sesetengah klinik terpaksa ditutup selama 14 hari kerana doktor dan kakitangannya harus dikuarantin," katanya.
Kenyataan itu menyebut ketika ini, doktor swasta turut terlibat dalam ujian saringan COVID-19 berskala besar yang menyebabkan mereka berdepan risiko tinggi dijangkiti virus tersebut.
Oleh itu, MMA berkata meletakkan mereka di bawah kategori 2 di dalam garis panduan tersebut menyaksikan bahawa mereka tidak diiktiraf sebagai antara bahagian penting dalam sistem penjagaan kesihatan utama dan hanya akan melambatkan usaha untuk menangani serta mengawal pandemik tersebut.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa doktor gigi serta kakitangan mereka turut terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19 kerana pesakit perlu membuka pelitup muka untuk diperiksa dan dirawat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021
![Vaksin: MMA mahu semua petugas penjagaan kesihatan disenarai bawah kategori 1 Vaksin: MMA mahu semua petugas penjagaan kesihatan disenarai bawah kategori 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614688489_Doctor.jpg)
Ketika ini, di bawah garis panduan itu, pengamal perubatan am, Klinik Pakar Swasta dan klinik gigi swasta disenarai di bawah kategori 2. - Gambar hiasan/ Reuters
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![PPV AstraZeneca di Lembah Klang tutup selepas 3 Oktober PPV AstraZeneca di Lembah Klang tutup selepas 3 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632796213_AstraZenecasthera.jpg)
PPV AstraZeneca di Lembah Klang tutup selepas 3 Oktober
Penerima vaksin AstraZeneca yang terlepas dos kedua diminta 'walk-in' sebelum 4 Oktober.
![80.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 21 Sept- JKJAV 80.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 21 Sept- JKJAV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630534493_TBVaksin.jpg)
80.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 21 Sept- JKJAV
80.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 21 September.
![78.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 18 Sept 78.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 18 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632014596_vaksin.jpg)
78.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 18 Sept
Seramai 18,295,014 individu atau 78.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin
![COVID-19: 74.7 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV COVID-19: 74.7 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630999337_TBSABAH.jpg)
COVID-19: 74.7 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV
Sebanyak 74.7 peratus atau 17,480,766 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Isnin.
![Kad fizikal sah sementara peroleh sijil digital MySejahtera Kad fizikal sah sementara peroleh sijil digital MySejahtera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617862645_medicalworker.jpg)
Kad fizikal sah sementara peroleh sijil digital MySejahtera
Penerima vaksin Sinovac yang lengkap dua dos vaksin tetapi belum mendapat sijil digital akan menikmati keistimewaan sama dalam penggunaan kad vaksin itu.
![Vaksin COVID-19: 64.9 peratus rakyat Malaysia terima dos pertama - JKJAV Vaksin COVID-19: 64.9 peratus rakyat Malaysia terima dos pertama - JKJAV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629094672_Kinabatangan.jpg)
Vaksin COVID-19: 64.9 peratus rakyat Malaysia terima dos pertama - JKJAV
Sebanyak 21,195,778 individu atau 64.9 peratus daripada populasi Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat Jumaat, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
![Vaksin COVID-19: 71.3 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV Vaksin COVID-19: 71.3 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631147316_PusatVaksinasiDewa.jpg)
Vaksin COVID-19: 71.3 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV
21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.
!['Booster' mungkin diperlukan untuk kawal jangkitan COVID-19 di Sarawak - KJ 'Booster' mungkin diperlukan untuk kawal jangkitan COVID-19 di Sarawak - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631185863_KhairyJamaluddi.jpg)
'Booster' mungkin diperlukan untuk kawal jangkitan COVID-19 di Sarawak - KJ
Ujarnya, dalam lawatannya ke Sarawak, beliau akan membincangkan langkah tambahan untuk mengurangkan kadar transmisi di negeri berkenaan.
![Vaksin COVID-19: 70.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Vaksin COVID-19: 70.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631148743_Vaksinator.jpg)
Vaksin COVID-19: 70.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 9 September adalah 320,452 dos.
![Vaksin COVID-19: Lebih 16 juta populasi dewasa lengkap divaksin Vaksin COVID-19: Lebih 16 juta populasi dewasa lengkap divaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630496651_VaksinCOVID.jpg)
Vaksin COVID-19: Lebih 16 juta populasi dewasa lengkap divaksin
Johor terus mendahului jumlah dos harian tertinggi dengan lebih 26,000 dos bagi dos pertama dan lebih 31,000 dos kedua.