KUALA LUMPUR:IMAM Response and Relief Team (IMARET) yang bernaung di bawah Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam merancang dan melaksanakan program vaksinasi, khususnya kepada kelompok masyarakat terpinggir termasuk pendatang tanpa izin dan pelarian.
Dalam satu kenyataan IMARET berkata bagi memastikan Malaysia pulih dari segi kesihatan dan ekonomi, adalah penting bagi semua pihak yang terlibat dalam setiap sektor diberi perlindungan menerusi imunisasi.
Ia berkata sejak 2015, badan itu sudah mengoperasikan perkhidmatan klinik bergerak di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan dan pendidikan kesihatan kepada pelarian.
Selain itu klinik berkenaan masih beroperasi dan dilengkapi sepenuhnya untuk melaksanakan program vaksinasi.
"Di bawah Program Kesihatan Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) yang diselaraskan oleh Yayasan Kebajikan Negara dan dibiayai 'Qatar Charity', IMARET dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) MERCY Malaysia dan Malaysian Relief Agency telah membuka lima klinik di Johor, Kedah dan Lembah Klang.
Sebilangan klinik itu sudah pun beroperasi dan dilengkapi sepenuhnya untuk menjalankan program vaksinasi dengan mematuhi semua garis panduan.
"Kami turut bekerjasama rapat dengan NGO antarabangsa lain seperti Medecins Sans Frontieres (MSF) dan Yayasan Tzu Chi yang mempunyai klinik kesihatan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.
IMARET juga berkata ia telah melaksanakan klinik vaksinasi bergerak bagi MMR dan Hepatitis B untuk pelarian di seluruh negara dengan kerjasama agensi antarabangsa seperti Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR), Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan NGO-NGO lain.
Hanya menerusi perancangan bersama, kerjasama dan keterangkuman, sasaran program pemvaksinan secara meluas mampu dilaksanakan dengan jayanya bagi mengawal pandemik COVID-19.
Sebelum ini dilaporkan kerajaan bersetuju untuk meluaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal bermula penghujung bulan ini kepada warga asing yang tinggal di Malaysia tanpa bayaran, di bawah program itu.
Keputusan itu dibuat selepas jumlah kes yang tinggi daripada kluster melibatkan pekerja asing dan kos tinggi untuk merawat dan mengkuarantin pesakit COVID-19.
Justeru, IMARET berkata keputusan itu adalah penting kepada Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok sebagai sebahagian daripada strategi keluar negara bagi mengatasi pandemik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021
Bagi memastikan Malaysia pulih dari segi kesihatan dan ekonomi, adalah penting bagi semua pihak yang terlibat dalam setiap sektor diberi perlindungan menerusi imunisasi. - Gambar fail/ Reuters
Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke program Orkestra Tradisional Malaysia
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia 2024 anjuran Istana Budaya.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Jumlah pesakit COVID-19 yang hadir di CAC Stadium Melawati naik mendadak - IMARET
Jumlah pesakit COVID-19 di CAC Stadium Melawati di Shah Alam menunjukkan pertambahan sehingga tiga kali ganda iaitu sekitar 2,600 berbanding 800 pesakit sehari.
Ada yang sudah teruk, 'tumbang' semasa penilaian - Sukarelawan IMARET
Itu yang perlu dihadapi petugas di Pusat Penilaian COVID-19 di Stadium Malawati, memberi bayangan situasi kritikal ketika ini.
Bergabung hasil PPE untuk 'frontliners', Vivy Yusof raih lebih RM100,000 dalam masa kurang 24 jam!
Digerakkan menerusi kempen MODA For Frontliners!
Syarikat korporat, NGO, dan masyarakat digesa tingkat bantuan kepada Orang Asli
Ini bagi membantu mengurangkan beban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meliputi semua kawasan pedalaman orang asli.