KUALA LUMPUR: Keperluan mendesak untuk menangani pandemik COVID-19 serta kekurangan bekalan vaksin telah meningkatkan cabaran dalam pengedaran vaksin secara pantas dan adil.
Pegawai Undang-undang Senat Brazil, Guilherme France berkata, terdapat risiko berlakunya rasuah melibatkan proses pengagihan vaksin.
Menurut beliau, Brazil telah menunjukkan realiti sebenar masalah ini apabila rasuah berlaku dengan cepat melibatkan pengagihan vaksin, sekali gus kerta siasatan terhadap Datuk-datuk Bandar serta pegawai awam dibuka.
"Contohnya, terdapat aduan di Manaus, pusat penyebaran COVID-19 di negara itu, di mana anggota keluarga dalam kalangan ahli perniagaan tempatan telah dilantik sebagai petugas di klinik kesihatan supaya mereka layak untuk divaksinasi lebih awal.
"Ini antara beberapa kes melibatkan Datuk-datuk Bandar dan pegawai awam yang didakwa membantu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan mereka untuk 'potong barisan' mendapatkan vaksin dengan segera.
"Turut dilaporkan adalah cubaan untuk memberi rasuah kepada jururawat bagi mendapatkan akses vaksin lebih awal," katanya dalam artikel yang dimuat naik di sebuah portal anti-rasuah global.
Tambah beliau, terdapat juga tindakan 'potong barisan' pada skala yang lebih besar melibatkan pelbagai kumpulan seperti pegawai pendakwa raya dan undang-undang dengan menggunakan pengaruh politik mereka untuk segera menerima vaksin.
"Dalam situasi berbeza, kerajaan turut bersetuju menggunakan 'status utama' untuk pengedaran vaksin sebagai sebahagian kaedah tawar menawar.
"Tatkala rundingan melibatkan mereka yang mogok masih berlaku, kerajaan bersetuju untuk meletakkan pemandu lori dan pekerja logistik sebagai penerima vaksin lebih awal daripada populasi umum dalam senarai penerima," ujarnya.
Beliau mengakui, Brazil yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 telah menyebabkan akses kepada vaksin merupakan perkara hidup dan mati sekali gus usaha untuk memotong barisan sama ada untuk diri sendiri atau orang yang mereka kasihi makin meruncing.
Justeru, katanya, pengawalan dan ketelusan pengagihan vaksin perlu menjadi keutamaan kerajaan di semua peringkat.
"Sebagai permulaan, keputusan berkenaan kumpulan yang patut diberi keutamaan dalam kempen vaksinasi wajar ditentukan oleh doktor dan pakar perubatan, berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
"Peraturan sama perlu diguna pakai kepada semua orang.
"Untuk pastikan pelaksanaan dan permohonan vaksin dilakukan mengikut syarat, saluran pemberi maklumat perlu diperluas untuk membantu penyaluran maklumat sekaligus menangani sebarang penyelewengan," jelasnya.
[LAPORAN PENUH VAKSIN COVID-19 DI SINI]
Malah, kerajaan juga, kata beliau, sepatutnya melakukan pengiraan semasa melibatkan mereka yang telah divaksinasi termasuk pecahan melibatkan kumpulan yang diberi keutamaan.
Menurutnya, beberapa pihak berkuasa tempatan di Brazil telah memulakan usaha itu, namun kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menggabungkan data di peringkat tempatan.
"Maklumat ini sekiranya dikumpul dan disusun dengan baik, ia akan membantu masyarakat menilai keberkesanan terhadap usaha vaksinasi secara keseluruhan.
"Bukan sahaja di Brazil, tetapi di mana-mana sahaja, mereka yang miskin atau dalam kelompok terpinggir akan paling teruk terkesan disebabkan oleh salah guna kuasa dan rasuah melibatkan proses keutamaan dan pengagihan vaksin," katanya.
Beliau berpandangan, apa yang berlaku di Brazil itu wajar dijadikan sebagai amaran supaya prosedur khusus diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya rasuah melibatkan pengagihan vaksin COVID-19.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Feb 21 2021
Seorang warga emas menunjukkan isyarat bagus selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Brasilia, Brazil baru-baru ini. - Gambar AP NEWSROOM
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.
Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal
Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.
Motosikal baharu 150cc ke atas perlu dilengkapi ABS mulai tahun depan - Ahmad Zahid
Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya,
Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.
Mpox Kecemasan Kesihatan Global, ini 6 langkah segera KKM
Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari.
Doctors Without Borders bimbang penularan mpox di Afrika
Kanak-kanak sangat terdedah kepada mpox, yang menyumbang 56 peratus daripada kes dan 79 peratus angka kematian tahun ini.
Agensi PBB gesa jeda kemanusiaan di Gaza untuk kempen vaksinasi polio
Menurut WHO, dua pusingan kempen vaksinasi polio dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos dan September 2024 di seluruh Semenanjung Gaza.
Penggunaan skrin terlalu lama faktor penyumbang kanak-kanak tidak aktif - Pakar
Menurut pakar perubatan keluarga, 81 peratus kanak-kanak tidak menjalani gaya hidup aktif.
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.