SELEPAS mengambil vaksin, kini ramai mula berasa takut untuk mengambil 'booster' atau dos penggalak.

Semuanya kerana gara-gara kesan terlebih yang sering diwar-warkan di media sosial.

Hal ini turut memberi kesan kepada ibu hamil yang mula bimbang menerima kesan sampingan, sekaligus memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Tidak perlu bimbang dan gusar, Dr Muhammad Izzat Abd Razak kongsikan pencerahan untuk panduan ibu hamil.

Ramai ibu mengandung bertanyakan keperluan untuk mengambil dos penggalak (booster) vaksin COVID-19. Perlu atau tidak?

Dengan bertambahnya pelbagai varian baharu COVID-19, ya!

Dengan mengambil dos penggalak, maka kita tingkatkan antibodi yang sedia ada untuk mencegah jangkitan COVID-19, dan jika terkena jangkitan, kesan teruk jangkitan dapat dikurangkan.

Maka bagi ibu mengandung atau mereka yang sedang cuba untuk mengandung (TTC), saya galakkan semuanya untuk mendapatkan dos penggalak sejurus sahaja anda layak untuk dapatkannya - sekurang-kurangnya tiga bulan selepas mendapatkan dos kedua.


Bila yang ingin mendapatkan dos penggalak?

Vaksin COVID-19 mahupun dos penggalak selamat diberikan semasa mengandung.

Jangan berlengah jika ibu mengandung telah diberikan tarikh untuk mengambil vaksin atau dos penggalak.


Perlu ke tunggu bersalin dulu baru ambil dos penggalak?

Bukan sahaja vaksin selamat semasa mengandung,, antibodi yang dihasilkan bila si ibu dapatkan vaksin ketika mengandung akan diturunkan pada bayi yang belum dilahirkan, jadi bayi itu akan mendapat perlindungan apabila dilahirkan.

Dos penggalak vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan di semua peringkat kehamilan.

Bukan sahaja ia memberi perlindungan kepada ibu, vaksin turut memberi perlindungan kepada bayi dalam kandungan.

Jangan tangguhkan dan tunggu selepas bersalin. Dapatkan vaksin atau dos penggalak sebaik sahaja diberi janji temu untuk berbuat demikian.

Moga dimudahkan semua ibu!

* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.