KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan penggunaan secara kecemasan produk vaksin COVID-19 Sinopharm dan Johnson & Johnson, pada Jumaat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
"Ini bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.
"KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.
"Kelulusan tersebut diberikan selepas Mesyuarat PBKD Kali Ke-361 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Malaysia telah meluluskan beberapa jenis vaksin COVID-19 secara kecemasan, antaranya AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Sinovac, CanSino dan terbaharu Sinopharm serta Johnson & Johnson.
Afiezy Azaman
Fri Jul 16 2021
PBKD pada Jumaat meluluskan penggunaan secara kecemasan produk vaksin COVID-19 Sinopharm dan Johnson & Johnson. -Gambar fail
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Malaysia terima kumpulan kedua vaksin COVID-19 dari UAE
Malaysia hari ini menerima kumpulan kedua 500,000 dos vaksin COVID-19 Sinopharm yang disumbangkan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Malaysia terima sumbangan 500,000 dos vaksin Sinopharm dari UAE
Malaysia mengalu-alukan sumbagan 500,000 dos vaksin Sinopharm sumbangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.
Harga runcit, borong maksimum untuk vaksin COVID-19 Sinovac Sinopharm ditetapkan
Harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm akan ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini (15 Jan).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Vaksin COVID-19 Sinopharm kini boleh didapati di Malaysia
Vaksin COVID-19 Sinopharm kini boleh didapati di Malaysia, menurut Duopharma Biotech Bhd.
Tiga ditahan buang vaksin COVID-19 dalam saluran air
Beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan timbunan kotak putih bertaburan di tebing saluran air di Wilayah Bani Mazar, utara Minya.
Vaksin COVID-19: Presiden Peru terima suntikan pertama
Kerajaan memberi keutamaan kepada kempen 'Vaccinathon' yang berlangsung 60 jam tanpa henti di Lima dan Callao hujung minggu ini.
Vaksin Moderna dapat kelulusan bersyarat - Dr Noor Hisham
PBKD) memberi kelulusan secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi vaksin Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection COVID-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) atau Moderna.
Vaksin COVID-19: UAE luaskan pemberian dos ketiga
UAE telah mula memberikan suntikan tambahan kepada mereka yang divaksin menggunakan vaksin Sinopharm pada bulan Jun lalu.
COVID-19: Peru peroleh 10 juta lagi vaksin Sputnik V
Vaksin lain yang turut digunakan di negara itu adalah Pfizer, Sinopharm dan AstraZeneca.