PUTRAJAYA:Syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer telah membuat permohonan pendaftaran bersyarat dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM), pada 15 Dis lepas bagi penggunaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya kini sedang membuat penilaian bagi vaksin itu dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk itu untuk digunakan di Malaysia berdasarkan dokumen yang telah ditunjukkan.
"Dijangka koresponden dan proses libat urus syarikat akan dimulakan pada akhir bulan ini dan NPRA telah pun mengenal pasti 11 pakar perubatan dalam bidang berkaitan untuk melihat dokumen berkenaan yang telah diserahkan kepada KKM," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, pada Isnin.
Beliau berkata proses pernilaian itu akan mengambil masa 90 hingga 120 hari dengan memberi keutamaan kepada keselamatan dan keberkesanan vaksin itu.
Sementara itu ketika ditanya mengenai sumbangan 500,000 dos vaksin COVID-19 daripada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada Malaysia bagi tujuan ujian klinikal fasa ketiga, Dr Noor Hisham berkata tiada dokumen berkenaan vaksin itu dihantar kepada NPRA.
Beliau berkata bagi membolehkan vaksin itu digunakan di dalam negara, ia perlu melepasi proses sama seperti vaksin Pfizer.
"Pada masa ini tiada ujian klinikal fasa ketiga vaksin itu telah diterbitkan. Kami menanti artikel dan dokumen untuk dihantar sebagaimana dilakukan Pfizer.
"Vaksin itu kemungkinan datang dari China. Oleh kerana itu kami menunggu kesemua dokumen sebelum kami boleh mendedahkannya.
"Sekarang ini ia hanya cakap-cakap dan belum dapat dipastikan lagi. Tiada apa yang telah dihantar kepada NPRA," katanya lagi.
Dilaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Abu Dhabi, UAE, untuk lima hari lawatan khas mulai 18 Dis dengan agenda utama lawatan baginda membincangkan hasrat Kerajaan UAE untuk mendermakan vaksin kepada Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata KKM telah mengenal pasti dua kluster melibatkan petugas-petugas kesihatan dj Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Beliau berkata Kluster Yayasan melibatkan 60 petugas kesihatan manakala seramai 10 petugas kesihatan dikenal pasti mendapat jangkitan berpunca daripada Kluster Batu Sembilan.
"Kluster Yayasan melibatkan pesakit hemodialisis dan jangkitan bermula dari situ, dari satu petugas kepada petugas yang lain manakala satu kluster (Kluster Batu Sembilan), jangkitan berlaku dalam komuniti yang berlaku di unit sajian, tetapi sekarang keadaan terkawal.
Apabila ada jangkitan, mereka yang bergejala sepatutnya tak datang ke hospital tetapi ada yang telah dijangkiti, ada yang bergejala masih datang ke hospital dan ada yang tak pakai pelitup muka, contohnya, jadi jangkitan berlaku di hospital," katanya.
Beliau berkata petugas kesihatan sentiasa diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan termasuk tatacara pemakaian kelengkapan pelindung diri (PPE).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
![Vaksin COVID-19: KKM terima permohonan pendaftaran bersyarat daripada Pfizer Vaksin COVID-19: KKM terima permohonan pendaftaran bersyarat daripada Pfizer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41606892895_TBCOVIDVACCINE.jpg)
Proses pernilaian itu akan mengambil masa 90 hingga 120 hari dengan memberi keutamaan kepada keselamatan dan keberkesanan vaksin itu. -Foto Reuters
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609632538_COVIDvaccine.jpg)
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
![Kempen MyPELINDUNG didik masyarakat terus perangi COVID-19 Kempen MyPELINDUNG didik masyarakat terus perangi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692364743_Pfizer.jpg)
Kempen MyPELINDUNG didik masyarakat terus perangi COVID-19
Meskipun Malaysia telah mencapai kemajuan ketara, namun virus COVID-19 tetap kekal sebagai satu kebimbangan kesihatan.
![Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689821118_Pfizerfacility.jpg)
Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer
Syarikat farmaseutikal Pfizer mengesahkan bahawa kompleks tersebut telah rosak akibat puting beliung yang berlaku dekat Rocky Mount.
![Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin COVID-19 yang luput Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin COVID-19 yang luput](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655771240_VialswithPfizerBi.jpg)
Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin COVID-19 yang luput
Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.
![WEF2023: Pfizer umum penjualan tanpa untung kepada negara miskin WEF2023: Pfizer umum penjualan tanpa untung kepada negara miskin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636156278_Paxlovid.jpg)
WEF2023: Pfizer umum penjualan tanpa untung kepada negara miskin
Ini termasuk ubat luar paten, menjadikan jumlah keseluruhan produk yang ditawarkan kepada lebih 500 jenis.
![Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643157209_COVIDvaccine.jpg)
Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas
CDC dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan.
![Moderna saman Pfizer, BioNTech kerana tiru paten Moderna saman Pfizer, BioNTech kerana tiru paten](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655771240_VialswithPfizerBi.jpg)
Moderna saman Pfizer, BioNTech kerana tiru paten
Moderna mendakwa, kedua-dua syarikat itu meniru teknologi yang dihasilkannya sejak sekian lama sebelum pandemik bermula.
![COVID-19: Singapura beri suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun pada suku keempat COVID-19: Singapura beri suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun pada suku keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644028232_PICKids.jpg)
COVID-19: Singapura beri suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun pada suku keempat
Kementerian Kesihatan sudah menerima cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 (EC19V).
![COVID-19: Vaksin Pfizer, Moderna lulus untuk kanak-kanak 6 bulan ke 5 tahun COVID-19: Vaksin Pfizer, Moderna lulus untuk kanak-kanak 6 bulan ke 5 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644316981_PICKids.jpg)
COVID-19: Vaksin Pfizer, Moderna lulus untuk kanak-kanak 6 bulan ke 5 tahun
Dengan kelulusan ini, sekitar 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur berkenaan layak untuk menerima vaksin.
![PICKids: Tiada lagi vaksin Pfizer, Sinovac untuk kanak-kanak selepas 31 Mei - ProtectHealth PICKids: Tiada lagi vaksin Pfizer, Sinovac untuk kanak-kanak selepas 31 Mei - ProtectHealth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653643611_PICKids.jpg)
PICKids: Tiada lagi vaksin Pfizer, Sinovac untuk kanak-kanak selepas 31 Mei - ProtectHealth
Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir pemberian vaksin PICKids dari 15 Mei kepada 31 Mei.