SINGAPURA: Singapura sedang membuat persediaan untuk memberi suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis PfizerBioNTech/Comirnaty kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada suku keempat tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu.
Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, pihaknya sudah menerima cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 (EC19V).
EC19V mengesyorkan kanak-kanak dalam lingkungan umur itu layak menerima satu dos penggalak, selepas lima bulan lengkap suntikan dos pertama dan kedua.
"Langkah ini juga bagi mengukuhkan persediaan kami untuk berdepan gelombang jangkitan seterusnya," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan telah melanjutkan penggunaan vaksin jenis Moderna's Spikevax COVID-19 melalui Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) kepada kanak-kanak, termasuk bayi berumur enam bulan hingga 5 tahun.
"Keputusan mengenai saranan vaksinasi terhadap kumpulan ini dijangka dicapai tidak lama lagi.
"Jika diluluskan, kami akan mengatur waktu yang sama dengan suntikan penggalak untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun," menurut MOH.
Dalam kenyataan berasingan, EC19V memaklumkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun disyorkan menerima vaksin PfizerBioNTech/Comirnaty kerana vaksin jenis itu memberikan perlindungan lebih kuat terhadap kemasukan ke hospital dan penyakit serius akibat COVID-19.
"MOH memaklumkan vaksin penggalak Pfizer-BioNTech/Comirnaty telah terbukti meningkatkan ketahanan badan dua kali ganda selepas suntikan dua dos utama terhadap golongan ini, serta membantu mengekalkan tahap perlindungan menentang penyakit serius.
"Kesan sampingan selepas menerima dos penggalak secara amnya adalah ringan, sama seperti dua dos pertama," menurut EC19V.
Sehingga Ogos 2022, kementerian memaklumkan lebih 1,000,000 dos penggalak telah diberikan dengan selamat kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Amerika Syarikat di bawah saranan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.
EC19V memaklumkan pihaknya telah membuat penilaian bahawa vaksin penggalak bermanfaat untuk perlindungan terhadap COVID-19 yang teruk buat kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
"Walaupun kanak-kanak dalam kumpulan ini berisiko rendah untuk menghidap penyakit COVID-19 yang teruk, sesetengah kanak-kanak masih dimasukkan ke hospital, dan menghidap penyakit yang mengancam nyawa serta memerlukan rawatan rapi atau berdepan komplikasi teruk seperti Sindrom Radang Berbilang Sistem (MIS-C)."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Sehingga Ogos 2022, lebih 1,000,000 dos penggalak telah diberikan dengan selamat kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.