KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 sehingga kini.
Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia hasil siasatan menyeluruh oleh fasiliti kesihatan bukan sahaja kepada 535 kes kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19 tetapi juga kes yang dikategorikan sebagai serius.
Jelasnya, laporan siasatan itu kemudiannya diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19 (JFK) untuk penilaian kausaliti (hubungkait) antara kesan sampingan dan vaksin yang diambil.
"Sistem pelaporan sedia ada di Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sebanyak 23,163 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) iaitu 0.45 laporan bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diberikan.
"Sebanyak 93.3 peratus daripada laporan yang diterima ini melibatkan kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di tempat suntikan, demam, pening serta keletihan dan biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa hari.
"Daripada jumlah ini, hanya 1,549 laporan dikategorikan sebagai serius (iaitu 0.03 laporan bagi setiap1,000 dos diberi) dimana penerima vaksin dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut bagi beberapa hari," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) yang meminta KKM menyatakan hasil pemantauan yang dibuat terhadap penerima vaksin daripada permulaan vaksin rollout pada bulan Februari 2021sehingga sekarang.
Malah, Sivarasa juga ingin tahu adakah kes-kes kematian dan kesan negatif (adverse events) yang dikaitkan secara langsung kepada pemberian vaksin, berapa jumlahnya dan kategori-kategorinya.
Bermula daripada pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari 2021 sehingga 20 November 2021, 51,842,386 dos vaksin COVID-19 daripada jenama Comirnaty (Pfizer), AstraZeneca, Coronavac(Sinovac), Convidecia(CanSino) dan Covilo (Sinopharm) telah diberikan kepada penerima vaksin.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 23 2021

535 laporan yang merekodkan kes-kes kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19, namun tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 yang telah diberikan. - Foto BERNAMA

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.

KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.

'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.

Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.

COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.

Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.

Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.