KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan secara bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan itu diberikan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 telah bersidang pada pada Jumaat.
"Vaksin keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd.,China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd, Malaysia itu telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.
"Ini merupakan vaksin COVID-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja selepas kelulusan sama diberikan kepada vaksin Cominarty, keluaran Pfizer-BioNTech pada bulan Jun 2021," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, walau bagaimanapun, PBKD menyarankan agar penggunaan vaksin CoronaVac dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun buat masa ini diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi dan yang mempunyai masalah alahan atau tidak sesuai untuk menerima vaksin Comirnaty.
"Penilaian bagi penggunaan CoronaVac dalam kalangan remaja dengan komorbiditi akan diteruskan sebaik sahaja data yang dikemukakan mencukupi.
"KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
"Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif," ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh PBKD.
Afiezy Azaman
Fri Oct 01 2021

KKM meluluskan secara bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. - Foto fail

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Vaksin CoronaVac lulus untuk remaja berusia 12 tahun ke atas
Ini merupakan vaksin COVID-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja selepas Pfizer-BioNTech.