KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti nombor satu Malaysia dalam Ranking Universiti Muda Times Higher Education (THE) 2022.
UTP dalam satu kenyataan berkata kedudukan universiti itu menokok 15 anak tangga ke tangga 119, satu-satunya universiti di Malaysia yang mencatatkan peningkatan dalam ranking tahun ini.
Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata ia merupakan kedudukan tertinggi universiti itu dalam Ranking Universiti Muda THE dan pencapaian itu amat bermakna kerana ia baharu sahaja menyambut jubli perak penubuhannya pada 10 Jan lepas.
"Dalam persaingan lapangan universiti muda yang semakin sengit, kami telah menghadapinya dengan cemerlang dan melakukan peningkatan berterusan dalam ranking sejagat.
"Kami berbangga dengan pencapaian ini kerana ini adalah bukti dan pengiktirafan ke atas kerja keras dan usaha bersepadu komuniti UTP selain daripada sokongan tidak berbelah bahagi daripada Petronas (Petroleum Nasional Bhd), rakan kongsi dan kolaborator kami," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohamed Ibrahim berkata dalam ranking ini, UTP juga menerima markah tertinggi di dalam negara untuk dua penunjuk yang melihat kepada produktiviti penyelidikan sesebuah universiti, pendapatan dan reputasi bagi kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan kelompoknya dan pandangan antarabangsa.
"Markah yang dinyatakan merupakan penunjuk bahawa inisiatif penyelidikan berimpak tinggi kami, kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran selain daripada menarik bakat penuntut antarabangsa secara keseluruhannya membolehkan kami mengekalkan ranking sejagat yang kukuh," katanya.
Beliau berkata UTP akan terus mengejar kecemerlangan dalam mengekalkan perkongsian strategik, merintis penyelidikan dan menghasilkan penyelesaian inovatif selain daripada menyokong inisiatif peralihan tenaga Petronas kepada langkah Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) dan untuk menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran berkelas dunia.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022

UTP berkata, kedudukan universiti itu menokok 15 anak tangga ke tangga 119, satu-satunya universiti di Malaysia yang mencatatkan peningkatan dalam ranking tahun ini. - Gambar/ Bernama
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

UTP universiti nombor 1 Malaysia dalam ranking Times Higher Education 2025
Universiti Teknologi Petronas (UTP) mencapai kejayaan luar biasa dengan menjadi universiti nombor satu Malaysia yang mendapat tempat dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025.

UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.

Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.

UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.

UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.

Universiti Teknologi PETRONAS terus cemerlang di peringkat global
UTP mendapat pengiktirafan global dan dinobat sebagai universiti terbaik di Malaysia dan institusi swasta terbaik ASEAN.

Kejayaan universiti tidak hanya diukur pada ranking atau penarafan - Naib Canselor UTP
Ia tercermin dalam kemampuan sesebuah universiti untuk melahirkan graduan yang kompetitif, berdaya saing, berinovasi serta memiliki ciri-ciri serba boleh.

UTP kekal universiti swasta nombor satu Malaysia dalam ranking universiti dunia THE 2024
UTP telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu universiti swasta di Malaysia, selain menduduki tempat kedua dalam keseluruhan universiti di negara ini

UTP universiti nombor satu Malaysia dalam ranking Universiti Asia THE 2023
UTP mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti nombor satu di Malaysia, selain muncul selaku universiti swasta nombor satu ASEAN dalam THE 2023.

UTP cemerlang semua subjek dalam QS World University Rankings
Mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.