KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) sekali lagi mencipta kejayaan di pentas global dengan mencapai tahap baharu dalam Ranking Universiti Dunia Times Higher Education (THE) 2024, iaitu melonjak kepada kelompok 301-350 berbanding kedudukan 401-500 sebelum ini.
Dengan kejayaan itu, UTP telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu universiti swasta di Malaysia, selain menduduki tempat kedua dalam keseluruhan universiti di negara ini.
Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dalam kenyataan hari ini melahirkan rasa bangga dengan peningkatan ketara universiti itu dalam ranking berkenaan.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Petronas, rakan akademik dan industri universiti itu, serta kakitangan dan pelajar atas sokongan, dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bagi.
"Pencapaian itu bukti kepada dedikasi kami yang tidak berbelah bagi demi kecemerlangan akademik, perintis penyelidikan dan meningkatkan pengalaman pelajar secara keseluruhan.
"Usaha ini adalah sebahagian daripada penjalanan berterusan kami untuk menjadikan UTP sebagai sebuah institusi terkemuka dan mampan di peringkat global," katanya.
Menurut Mohamed Ibrahim pihak universiti menyokong secara aktif visi Petronas untuk masa depan mampan selari dengan inisiatif peralihan tenaganya.
"UTP terbabit secara aktif dalam usaha mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050.
""Melalui inisiatif penyelidikan dan program akademi, kami menyasarkan untuk membangunkan penyelesaian yang mampan dan memupuk pemimpin yang mengutamakan alam sekitar bagi menyumbang kepada dunia yang lebih hijau dan lestari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

UTP kekal universiti swasta nombor satu Malaysia dalam ranking universiti dunia THE 2024. -Gambar fail/Bernama
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

UTP universiti nombor 1 Malaysia dalam ranking Times Higher Education 2025
Universiti Teknologi Petronas (UTP) mencapai kejayaan luar biasa dengan menjadi universiti nombor satu Malaysia yang mendapat tempat dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025.

UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.

Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.

UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.

UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.

Universiti Teknologi PETRONAS terus cemerlang di peringkat global
UTP mendapat pengiktirafan global dan dinobat sebagai universiti terbaik di Malaysia dan institusi swasta terbaik ASEAN.

Kejayaan universiti tidak hanya diukur pada ranking atau penarafan - Naib Canselor UTP
Ia tercermin dalam kemampuan sesebuah universiti untuk melahirkan graduan yang kompetitif, berdaya saing, berinovasi serta memiliki ciri-ciri serba boleh.

UTP kekal universiti swasta nombor satu Malaysia dalam ranking universiti dunia THE 2024
UTP telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu universiti swasta di Malaysia, selain menduduki tempat kedua dalam keseluruhan universiti di negara ini

UTP universiti nombor satu Malaysia dalam ranking Universiti Asia THE 2023
UTP mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti nombor satu di Malaysia, selain muncul selaku universiti swasta nombor satu ASEAN dalam THE 2023.

UTP cemerlang semua subjek dalam QS World University Rankings
Mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.