Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara sebagai salah satu inovasi terbaik kerajaan dalam memberi khidmat kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata penubuhan UTC adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat ditawarkan dengan kaedah paling inovatif dan kreatif.
"UTC kita merupakan antara model terbaik di dunia sehingga Bank Dunia menyifatkan ia sebagai satu contoh," katanya ketika berucap merasmikan UTC Miri, di sini hari ini.
Beliau berkata Malaysia berada jauh di hadapan kerana kebanyakan negara maju tidak mempunyai pusat seumpama itu yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penting di bawah satu bumbung kepada rakyat dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari termasuk cuti umum dan hujung minggu.
UTC Miri merupakan kedua di Sarawak selepas Kuching dan sebuah lagi akan dibuka di Sibu tidak lama lagi.
Najib berkata tahun lepas, sebanyak 11.5 juta orang mendapatkan perkhidmatan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di 12 buah UTC di seluruh negara sejak inisiatif itu dimulakan pada 2012.
"Maklum balas menunjukkan orang ramai sangat puas hati dan selesa dengan kemudahan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung di UTC.
"Malah, warganegara juga boleh mendapat rawatan perubatan di Klinik 1Malaysia di UTC dengan bayaran yang sangat nominal," katanya.
Najib mengulangi bahawa kerajaan bukan pejuang politik populis atau politik menghasut kebencian terhadap pemimpin tetapi sebuah kerajaan yang hanya mahu berkhidmat kepada rakyat dengan cara yang paling berkesan.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin, dalam ucapannya, meminta kerajaan pusat membina lebih banyak UTC di negeri itu seperti di Bintulu dan Serian.
Manyin, yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada majlis itu itu, berkata lebih 23,000 orang telah menggunakan kemudahan di UTC Miri sejak ia beroperasi awal tahun ini dan ini membuktikan popularitinya.
Terdahulu, Najib turut melawat tapak projek perumahan Fasa 2, Vista Perdana, sebuah projek Syarikat Perumahan Negara Berhad di bandar baharu Permayjaya dekat sini.
Bernama
Sat Apr 02 2016
Najib Razak bermesra bersama para petugas dan kanak-kanak di Klinik 1Malaysia di UTC Miri hari ini. - Foto Bernama
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
UTC antara inovasi terbaik kerajaan - Najib
Perdana Menteri berkata penubuhan UTC adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat ditawarkan dengan kaedah paling inovatif dan kreatif.