Konsep 'Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)' bagi industri hospitaliti perlu dilaksanakan untuk mengelakkan kemalangan maut yang kerap berlaku dan melibatkan pelancong serta orang ramai terutama semasa cuti sekolah.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia seharusnya melibatkan hotel, restoran dan kedai makanan, pengusaha pelancongan dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
"OSH memainkan peranan penting bagi mengelak kemalangan, kecederaan dan maut yang melibatkan pekerja dan pelancong dalam industri hospitaliti dan pelancongan. Jika OSH tidak diamalkan, ia boleh mengakibatkan kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau maut.
"Komitmen terhadap keselamatan dan kesihatan adalah satu amalan perniagaan yang baik bagi pengusaha pelancongan dan mereka yang terlibat dalam industri hospitaliti untuk mengelak kemalangan yang melibatkan tetamu serta pekerja mereka.
"Walaupun kemalangan boleh dan memang berlaku, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkannya. Kejadian kemalangan boleh dikurangkan jika kita menjadikan amalan kerja yang berhemah dan berhati-hati sebagai sebahagian daripada budaya kita.
Ketelitian dalam isu keselamatan perlu menjadi nilai teras bagi semua warga kerja. Keselamatan dan kesihatan mesti dipupuk menjadi satu budaya dan tidak boleh dianggap hanya sebagai keutamaan," katanya dalam satu kenyataan di sini har ini.
Jelas Lam Thye, industri hospitaliti dan pelancongan juga melibatkan sebilangan besar pekerja termasuk pembekal, vendor dan kontraktor yang terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti penyediaan makanan, penyenggaraan dalaman, pembersihan, perkhidmatan makanan dan minuman serta pengurusan peralatan pejabat.
"Bahaya seperti pengendalian manual; terjatuh; pengendalian jentera dan peralatan yang tidak betul; bahan dan barang-barang berbahaya; melecur dan luka adalah ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan pekerja.
"Pengendalian manual melibatkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyenggaraan dalaman seperti mengemas tempat tidur, memvakum, membawa dulang, menyusun barang-barang di rak, mengendali troli dobi, dan memuatkan atau menunggah pakaian dari mesin basuh.
"Banyak resort, hotel dan chalet menyediakan pelbagai aktiviti kepada tetamu seperti mendaki gunung, menyelam skuba, snorkeling, berakit, flying fox, memanjat tembok dinding, bungee jumping dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan risiko yang tinggit serta teknikal. Prosedur dan pasukan tindak balas kecemasan serta pasukan pertolongan cemas adalah diperlukan untuk waktu kecemasan," katanya.
Dalam pada itu tegasnya, pemandu pelancong juga boleh terdedah kepada banyak risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk bahaya fizikal, biologi atau psikososial yang boleh menyebabkan ancaman serius kepada kesihatan mereka.
"Sebagai contoh, pemandu pelancong yang bekerja lebih masa dan waktu kerja panjang telah terbukti boleh mendapat gangguan dan penyakit tertentu.
"Sementara itu, beban kerja fizikal yang berat atau keadaan kerja yang tidak ergonomik seperti duduk di atas kenderaan berjam-jam boleh membawa kepada kecederaan dan gangguan muskuloskeletal. Oleh itu latihan ergonomik adalah bahagian yang penting dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan," jelasnya.
Astro Awani
Tue Feb 09 2016
LAM THYE: 'Utamakan Konsep OSH bagi industri hospitaliti' - Gambar fail
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Tune Hotel KLIA-KLIA2 dinobatkan Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia 2020
Ketua Pegawai Eksekutif Ormond Group Gareth Lim berkata anugerah ini adalah antara pelbagai anugerah lain yang dimenangi kumpulan untuk tahun ini.
Dua bulan bergelut, kini sektor perhotelan boleh menarik nafas lega
Semua ahli MAH terus kekal bersemangat dan tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Selesa, selera, seronok! Ini tarikan istimewa hujung tahun di Pullman KLCC
Pullman KLCC yang terletak di jantung Kuala Lumpur, memudahkan langkah tetamunya untuk ke lokasi sekitar yang penuh aksi warga metropolitan.
Sekarang bukan masa terbaik kenakan levi hospitaliti - Masidi
Cadangan levi hospitaliti yang mahu dilaksanakan tidak kena pada masanya terutama dalam situasi ekonomi ketika ini khususnya di Sabah.
'Utamakan Konsep OSH bagi industri hospitaliti' - Lee Lam Thye
Konsep OSH bagi industri hospitaliti perlu dilaksanakan untuk mengelakkan kemalangan maut yang kerap berlaku dan melibatkan pelancong serta orang ramai terutama semasa cuti sekolah.