KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar sentiasa memberi keutamaan dan menekankan kepentingan penggunaan peralatan elektrik secara berhemah sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula hari ini hingga Mac tahun hadapan.
Pemangku Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB Wan Seri Rahayu Wan Mohamad Said dalam kenyataan hari ini mengingatkan orang ramai supaya menutup semua suis utama di premis masing-masing sekiranya air mula meningkat dan diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara.
"Dengan ramalan hujan lebat yang berterusan di beberapa negeri, kemungkinan berlakunya banjir di kawasan berkedudukan rendah semakin tinggi. Bagi penduduk di kawasan banjir, penting untuk mematuhi arahan pihak berkuasa jika diminta untuk berpindah.
"Mereka juga digalakkan untuk menghubungi TNB CareLine menerusi talian 15454 atau menerusi Facebook TNB Careline jika terdapat pepasangan TNB yang terputus atau tumbang bagi tindakan segera, demi keselamatan awam selain terus memantau keadaan setiap pepasangan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata TNB juga akan bertindak memutuskan bekalan elektrik ke kawasan terbabit untuk sementara waktu demi keselamatan orang awam dan ia hanya akan dipulihkan semula setelah air surut dan keadaan kembali selamat.
Dalam kenyataan sama, Wan Seri Rahayu turut menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil semasa prabanjir, banjir dan selepas banjir.
Menurutnya antara perkara yang perlu dilakukan semasa prabanjir ialah mengalihkan peralatan elektrik ke aras yang lebih tinggi manakala semasa banjir, orang ramai perlu memastikan suis utama ditutup untuk mengelakkan renjatan elektrik dan tidak memasuki kawasan yang telah dinaiki air.
"Selain itu, elakkan daripada menyentuh peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun ia bersalut dengan penebat, elak daripada mendekati atau menyentuh tiang besi atau pepasangan TNB yang terendam dalam air untuk mengelakkan risiko renjatan elektrik dan pastikan semua suis di soket aliran keluar ditutup," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai agar mengecas lebih awal bank kuasa bagi membolehkan mereka mengecas telefon bimbit untuk memudahkan urusan komunikasi dan matikan sistem sekiranya premis dipasang dengan sistem solar fotovoltaik sebelum meninggalkan rumah.
Bagi panduan keselamatan elektrik selepas banjir pula, katanya orang ramai dinasihatkan mematikan suis utama elektrik sebelum membersihkan alat elektrik dan memeriksa alat elektrik yang terendam oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) selain memantau anak-anak agar tidak mendekati talian elektrik rosak.
Wan Seri Rahayu juga memaklumkan bahawa TNB telah bersedia menghadapi kemungkinan bencana banjir dengan persiapan rapi bagi memastikan pengurusan bekalan tenaga elektrik teratur dan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Orang ramai perlu memastikan suis utama ditutup semasa banjir untuk mengelakkan renjatan elektrik. - Gambar hiasan
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Suami isteri terpaksa ulang-alik bawa tujuh anak naik motosikal ke PPS
Ismanizam Ibrahim, 42, dan isterinya Siti Rodiyah Zulkifli, 37, sanggup berulang-alik membawa tujuh anak mereka berumur lingkungan setahun hingga 15 tahun menaiki motosikal untuk ke PPS.
Rakyat Malaysia perlu peka kepada ancaman penyakit bawaan banjir dalam musim tengkujuh
Banjir yang melanda kawasan beriklim tropika ketika musim tengkujuh boleh menjadi ancaman kepada kesihatan awam yang ketara, mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang membawa kesan jangka panjang.
Jualan pukat ikan laris pada musim tengkujuh di Kelantan
Memukat ikan ketika musim tengkujuh antara aktiviti yang dinantikan penggemarnya sebagai sumber rezeki untuk mendapatkan ikan darat.
'Jaga diri, jaga kesihatan' pesan PM kepada penerima bantuan miskin tegar di Labuan
"Jaga diri, jaga kesihatan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Taibah Mahmud, 83, ketika menyantuni penerima bantuan dalam sebuah program bantuan miskin tegar hari ini.
Tunggu masa rumah ditelan laut
Apabila masuk musim tengkujuh akan berlaku ombak besar sehingga menyebabkan banyak rumah berhampiran pantai dinaiki air.
Ikan budu lauk pilihan musim tengkujuh
Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.
Pemuda raih pulangan lumayan jual ubi kayu
Seorang pemuda tidak menyangka usaha menanam ubi kayu di tanah seluas lapan hektar (20 ekar) sejak tahun lepas memberi pulangan lumayan kepadanya.
Orang Asli alami gangguan komunikasi, bimbang terperangkap ketika musim tengkujuh
Penduduk Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor mendakwa mengalami gangguan rangkaian telefon dan capaian internet yang lemah ketika musim tengkujuh.
160 pangkalan hadapan di Kelantan sedia agih bekalan keperluan banjir
Sebanyak 160 pangkalan hadapan di Kelantan bersiap sedia untuk mengagihkan bekalan keperluan bencana banjir ke 456 pusat pemindahan sementara (PPS).