Pendakwah bebas atau 'Ustaz selebriti' yang menggunakan medium laman sosial dalam menyampaikan ceramah agama dinasihat agar beramanah dan berdisiplin dalam menyebarkan dakwah bagi mengelak berlakunya salah faham dan penipuan dalam ilmu agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata satu pemahaman perlu dibuat bagi menentukan takrifan terhadap 'Ustaz selebriti' agar masyarakat dapat membezakan antara ustaz yang benar-benar berkelayakan dalam bidang ilmu agama dan tidak hanya berceramah mengikut tafsiran yang sempit atau bermotifkan politik.
"Kalau merapu, tidak boleh (digelar ustaz) selebriti. Ia perlu diletak pada satu taraf... piawaian. Maksud selebriti dengan amanah ilmu, baru kita letak maksudnya (ustaz selebriti).
"Masyarakat juga perlu lebih bijak menilai kerana itu lebih baik, jangan hanya obses mahu belajar tanpa mengetahui ustaz itu tanpa ada disiplin ilmu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program persidangan antarabangsa, World Zakat Forum (WZF) kali ketujuh di sini, hari ini.
Mujahid berkata ustaz-ustaz yang memberikan ilmu perlu beramanah dan caranya ialah ia ada disiplin ilmu seperti kemas bahasa Arab, fahami maksud hadis atau ayat Al-Quran dan sejauh mana ilmu dan pemahaman dalam menbuat tafsiran dalam konteks hari ini.
"Sekiranya ustaz tidak mempunyai ilmu itu ianya akan membawa kepada tafsiran yang rigid (jumud) dan akan membawa kesan yang lebih buruk iaitu boleh membawa kepada penipuan dalam penyebaran ilmu agama.
"Saya nasihatkan agar ustaz-ustaz ini lebih berdisiplin kerana mereka perlu ingat penonton dalam laman sosial seperti Youtube terdiri daripada mereka yang berilmu dan boleh menilai apa yang disampaikan," katanya.
Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu, berkata, dari sudut penguatkuasaan, tanggungjawab itu di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing-masing untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara berkenaan.
Bagaimanapun tanggungjawab di peringkat pusat adalah memastikan bahawa masjid dan surau dimakmurkan dengan ilmu yang betul dan bukannya dengan ilmu yang tidak beramanah dan bermotifkan politik.
"Saya menyerahkan kebijaksanan MAIN negeri mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka bertanggungjawab memastikan bahawa tidak berlaku penularan ilmu yang tidak beramanah yang boleh mendatangkan kesan negatif dan perpecahan dalam masyarakat akibat terdorong dengan tafsiran sempit dan bersifat kepartian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 05 2018

Mujahid (kanan) bersalaman dengan para delegasi luar negara pada Persidangan Forum Zakat Dunia Kali Ke-7 di Melaka hari ini. --fotoBERNAMA

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.

Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.

Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.

Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.

Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.