Kemungkinan pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim beserta Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin akan berganding bahu dalam menyampaikan ceramah dalam majlis anjuran Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan (Kadir).
Namun Pengerusi Kadir, Datuk Azhar Ahmad berkata perkara itu masih dalam perancangan.
"Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) turut minta kami untuk menganjurkan majlis itu dan kita akan cuba aturkannya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Pada masa yang sama beliau bersyukur dan gembira apabila kedua-dua tokoh tersebut bertemu dan berbincang dalam suasana santai di Kangar, Perlis semalam, setelah timbul perbezaan pendapat antara mereka sebelum ini.
"Kami dari Kadir sangat seronok dan senang hati melihat masalah kedua-dua ulama kita ini akhirnya dapat diselesaikan dengan baik mengikut lunas-lunas agama kita," katanya.
Media melaporkan pertemuan kedua-duanya turut dihadiri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Sementara itu Azhar berkata, Kadir akan menganjurkan program 'Malam Cinta Rasul, Kerian Berselawat' di Stadium Mini Bagan Serai pada Khamis ini.
Beliau berkata, majlis itu dijangka disertai Tokoh Selawat Nusantara, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan Menteri Besar Perak.
"Ini adalah kali ketiga Tokoh Selawat Nusantara itu hadir ke Perak. Kali pertama pada tahun 2012 iaitu di Program Perak Berselawat di Dataran Ipoh yang berjaya menarik 15,000 hadirin.
"Kali kedua pula pada April 2014 di Stadium TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) Lumut bersempena Hari Tentera Laut yang berjaya menarik hampir 20,000 orang," katanya.
Azhar berkata, kali ini pihaknya menjangkakan kehadiran lebih 20,000 pengunjung bukan sahaja dari Daerah Kerian malah dari kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Bandar Baharu, Kedah.
"Programnya akan bermula esok dengan pengisian seperti karnival jualan, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan nasyid.
"Kemuncak program adalah pada malam 12 Mac dan pengunjung dinasihat datang seawal mungkin bagi mengelak kesesakan lalu lintas," katanya dan menambah para pengunjung disaran membawa sejadah serta memakai jubah putih bagi lelaki dan bertelekung bagi wanita.
Program bakal bermula 9 malam Khamis.
Bernama
Tue Mar 10 2015
Media melaporkan pertemuan kedua-duanya turut dihadiri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Foto Fail
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Polis kesan suami tampar isteri
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, laporan tersebut dibuat oleh adik mangsa yang mengesahkan bahawa wanita berusia 35 tahun yang dipukul itu adalah kakaknya.
[TERKINI] COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
THR GEGAR anjur Sunathon bersama Poliklinik Al Farhain
Kira-kira 30 kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun menjalani proses berkhatan di Poliklinik berkenaan bayaran.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
PRU15: Tidak mahu bertembung dengan Abang punca Kazim Elias tarik diri - Ahmad Maslan
Ahmad berkata, keputusan itu mempunyai kaitan dengan abangnya yang turut bertanding di DUN Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional.
COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'
Iqram Dinzly punya pemikiran halus - Ustaz Kazim Elias
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui gembira apabila dapat bertemu dengan Iqram Dinzly selepas mereka lama tidak berjumpa.
Kes cabul Maahad Tahfiz, polis masih lengkapkan siasatan
Polis Perak sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual dan seks luar tabii membabitkan pelajar Maahad Tahfiz Darul Barakah di Manjoi.
Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina
Ustaz Kazim berkata, beliau membuat laporan itu kerana merasakan komen-komen negatif yang dibuat oleh dua individu terbabit memalukannya.
Cabul: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed Azmi
Pendedahan butiran dakwaan cabul di sebuah sekolah tahfiz menimbulkan tuduhan Syed Azmi ingin menjatuhkan institusi Islam.
Insiden cabul: Maahad tahfiz dalam seliaan negeri, kementerian tidak campur tangan - Mahdzir
Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan dalam isu dakwaan penderaan seksual melibatkan sebuah sekolah agama kerana ia di bawah kerajaan negeri.
Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'
Aduan yang diterima aktivis sosial, Syed Azmi mendakwa pelajar telah diraba dan diminta memberi dan menerima seks oral.
Soal pakaian dan hukum fiqh: Tidak salah 'meniru' cara orang Arab
Bagi si pemakai, atau lebih tepat bagi yang memahami maksud pemakaian purdah/niqab, ia dilakukan demi mendapatkan ganjaran pahala dan keredhaan Allah.
Dr Maza dan Ustaz Kazim berdamai
Kedua sosok agamawan itu bertemu di sebuah Cafe di Kangar malam tadi.