“Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat, itu ungkapan paling buat saya sebak menangis," demikian luahan penceramah popular, Ebit Lew.
Dalam perkongsian di akaun Instagramnya, Ebit, 35 tahun, berkata, lewat Sabtu malam dia berkesempatan menziarahi dan menyantuni penghuni lorong yang terdiri daripada 'transgender' atau mak nyah, dan wanita-wanita kerja lorong.
“Menangis selepas jumpa mereka, tak berhenti cakap terima kasih datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat, itu paling buat saya sebak di hati.
“Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik namun, diuji dalam kehidupan.
“Ada yang seorang ini, mula kerja lorong sejak umur 11 tahun untuk sara dan bantu keluarga, adik beradik sehinggalah hari ini, menangis saya dengar. Malah ada juga yang mula bekerja sejak usia 14 dan 15 tahun. Saya peluk transgender mak nyah, mereka terharu sebak. Tak peluk wanita,” katanya.
Ebit menambah, dia dibawa untuk menziarahi semua wanita dan transgender yang bekerja di lorong dan dalam kunjungan itu dia dihujani dengan pelbagai soalan.
“Saya sedih tengok tempat kerja mereka, bilik panas dan sempit. Ada yang minta saya ajarkan bersolat dan mereka tekun mendengar setiap ucapan dan tunjuk ajar saya.
“Paling mengkagumkan, apabila ramai daripada mereka tinggalkan tempat kerja, sedangkan malam minggu, tentunya ramai pelanggan. Mereka terus ikut dan banyak saya dapat berbual dengan mereka, mereka juga sedar halal dan haram,” ujarnya.
Jelasnya, adakalanya mereka menangis seorang diri dan berdoa minta ALLAH berikan kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba ALLAH malah mereka juga amat merindui keluarga.
“Ada seorang kakak ini dah lama kerja begini, suami sudah tak ada sejak 13 tahun dan hingga kini masih kerja lorong.
“Anak tiga orang belajar di Mesir, bila anak minta duit, dia bagi dan anak-anaknya tak tahu pekerjaan ibunya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakan dia dapat keluar daripada kerja ini dan anak-anaknya dapat bantu ibunya, sedih menangis kakak itu,” ceritanya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan menyokong kerja dakwah ini.
Sinar Harian
Sun Jun 02 2019
Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan menyokong kerja dakwah ini. - Foto Instagram/@ebitlew
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Mohd Na'im adakan perbincangan produktif dengan 3 badan Islam Indonesia
Pertemuan itu merangkumi maklumat terkini mengenai kerajaan baharu Indonesia dan kerjasama dalam industri halal, ekonomi Islam dan dakwah.
Lawat rumah ibadat bukan Islam: JAIPk mohon maaf undang salah faham
Kesemua peserta terlibat sedang mengikuti kursus yang bertujuan meningkatkan kefahaman mereka mengenai hal ehwal aktiviti dakwah.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Penceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka
Ia adalah sebagai langkah pengawalan dalam memastikan penceramah yang datang tidak membawa elemen perpecahan dan khilafiah.
USIA disaran sesuaikan dakwah pada era digital - Hajiji
Dakwah boleh disampaikan dengan lebih berkesan jika pendakwah dan pertubuhan Islam memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Ustaz Kazim Elias mohon bantuan ubati penyakit 'misteri'
Beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.
'Dah lama orang tak nasihat' - Ebit Lew santuni GRO di Surabaya
Kongsi Ebit Lew, golongan ini sudah lama tidak didekati insan yang mahu berkongsi ilmu dan nasihat.
Jaga adab, disiplin ilmu ketika sampaikan dakwah di media sosial - Jakim
Perkara yang boleh menimbulkan kontroversi dan sensitiviti melampau, hendaklah dielakkan dan ilmu yang hendak disampaikan perlulah melihat kepada realiti semasa.
Bukan sekadar hiburan, TikTok kini jadi medan dakwah
Ramai dalam kalangan pendakwah turut mempunyai akaun TikTok dan menghasilkan video pendek untuk menyampaikan ilmu agama.
Ramadan 2021: Geng plastik hitam jangan malukan agama - JAIPk
Mohd Yusop tidak mahu isu geng plastik hitam kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.