KUALA LUMPUR: Apabila disebut sahaja tentang TikTok, pastinya ia bukan satu aplikasi asing khususnya bagi golongan muda yang lazim menjadikan medium ini untuk menunjukkan bakat seperti tarian dan aksi lucu dengan berlatar belakangkan pelbagai genre muzik.
Namun kini, aplikasi itu dilihat bukan untuk hiburan semata-mata apabila ramai dalam kalangan pendakwah turut mempunyai akaun TikTok dan menghasilkan video pendek untuk menyampaikan ilmu agama dan dakwah dalam bentuk yang lebih menarik sehingga mendapat tontonan yang tinggi serta memasuki FYP (For Your Page).
Bagi pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, 45, yang mempunyai lebih 743,000 pengikut menerusi aplikasi itu, platform berkenaan mampu merapatkan jurang masyarakat dengan golongan pendakwah khususnya generasi muda.
"Saya dapati ramai terutamanya remaja menggunakan aplikasi TikTok, jadi saya ambil pendekatan di mana orang ramai berada, maka di situlah dakwah Islam perlu dilakukan mesti ada agar mereka tidak terus leka.
"Apabila ada 'peringatan' dan info-info tentang agama Islam, masyarakat tidak akan terus terbuai dengan arus dunia sebaliknya hidup dalam keadaan lebih berfokus dan bermanfaat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dalam keterbatasan peluang berkomunikasi secara bersemuka dan mengadakan majlis-majlis agama disebabkan pandemik COVID-19 ketika ini, Ahmad Dusuki berkata pendakwah sepertinya perlu bijak menggunakan medium dan teknologi yang ada untuk menyampaikan ilmu.
Ternyata usaha yang dilakukannya itu tidak sia-sia apabila video TikTok yang dihasilkannya, menerima tontonan tinggi selain sering disusuli soalan berkaitan kemusykilan agama daripada warganet.
Seorang lagi pendakwah bebas Ustaz Ahmad Adnin Roslan, 29, juga senada dengan Ahmad Dasuki apabila video yang dimuat naik menerusi aplikasi itu menerima maklum balas positif daripada pemilik akaun TikTok dan turut dikongsi di media sosial lain seperti Whatsapp dan Facebook.
Beliau yang mempunyai 1 juta pengikut di akaun TikToknya @adninroslan berdakwah melalui pendekatan santai dan berhemah dalam menyampaikan sesuatu isu dan hukum agama agar lebih mudah difahami.
"Sesetengah orang khasnya orang muda tidak suka apabila kita bersyarah dengan panjang lebar. Mereka hanya mahu tahu sama ada boleh atau tidak, jadi saya kemukakan jawapan terhadap semua soalan secara ringkas tetapi padat.
"Bagi memenuhi permintaan, saya juga akan menyampaikan dakwah menerusi kaedah nyanyian yang telah ditukar liriknya," katanya yang juga pengasas syarikat produksi dan rakaman, penerbitan buku serta konsultansi Tarbiah Sentap.
Sementara itu, Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan yang mempunyai lebih 64,000 pengikut di TikTok berkata dakwah perlu selari dengan perkembangan teknologi semasa dan disampaikan secara hikmah.
"Ulama mengatakan penggunaan teknologi dalam berdakwah tidak menjadi kesalahan namun, yang menjadi salahnya apabila menggunakannya dengan cara yang salah. Kini media sosial seperti TikTok dan Instagram, juga boleh dimanfaatkan dengan dengan ilmu yang berfaedah kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021

Pendakwah perlu bijak menggunakan medium dan teknologi yang ada untuk menyampaikan ilmu.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.

'Dak Nor' tidak akan sia-siakan kepercayaan, harapan keluarga untuk terus sihat
Dak Nor bertekad untuk tidak mensia-siakan kepercayaan dan harapan keluarga, rakan-rakan serta penduduk Duyong yang ingin melihatnya terus sihat.

Ridz Okumura sebak, kongsi nota terakhir Akiko
Ridzuan memaparkan sekeping nota bertulisan tangan berserta lakaran sarapan pagi dirancang Akiko sebelum pemergiannya.

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

Ridzuan Ridzokumura tidak sangka dentuman yang kedengaran bunyi isterinya jatuh
Ridzuan Ridzokumura pada awalnya beranggapan bunyi dentuman itu datang dari lebuh raya berdekatan kediamannya.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

MCMC berhubung dengan TikTok isu 18 akaun organisasi media disekat - Fahmi
MCMC sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini.

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.