Bagi mendepani cabaran Revolusi Industri ke-4 (4IR), Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menilai semula kurikulum sedia ada bagi kursus yang ditawarkan, terutamanya dalam bidang komunikasi.
Menurut Timbalan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Adnan Hussein, ini bagi memastikan penuntut universiti diberi persediaan secukupnya sebelum memasuki dunia pekerjaan.
"Persediaan ini penting supaya pelajar yang menjadi graduan akan dapat menyesuaikan diri dengan kehendak industri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri acara IMPACT 2017 kelolaan Pusat Pengajian Komunikasi di Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.
Acara tahunan tersebut diadakan bagi menghimpunkan pengamal media serta warga akademik untuk membincangkan isu terkini dalam bidang media massa.
Turut hadir, Pro Canselor USM, Tan Sri Mustafa Mansur yang mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana dapat menghimpunkan penyertaan dari beberapa negara di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia.
"Namun, saya berharap Pusat Pengajian Komunikasi akan membuka penyertaan kepada lebih banyak negara di masa hadapan.
"Ini termasuk Australia, Japan dan negara-negara lain di Asia," katanya.
Hafiz Marzukhi
Thu Dec 14 2017

Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menilai semula kurikulum sedia ada bagi kursus yang ditawarkan, terutamanya dalam bidang komunikasi bagi berdepan Revolusi Industri ke-4 (4IR). - Foto AstroAWANI

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan
Potensi teknologi 4IR boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, malah untuk mencipta peluang baharu.

RMK12: Kurikulum STEM baharu diperkenal, persediaan pelajar kuasai 4IR
Kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang baharu, merangkumi bidang teknologi digital akan diperkenalkan bagi menyediakan pelajar untuk menguasai 4IR.

Pusat 4IR pupuk penglibatan PKS, rantaian tenaga kerja tempatan
Peranan pusat itu penting dalam mewujudkan ekosistem berterusan dan rantaian tenaga kerja untuk merangsang pelaburan langsung domestik.

Malaysia Tech Month 2021 promosi pelaburan ekonomi digital negara
Ia sejajar dengan Strategi Pelaburan Future 5 MDEC (DIF5) yang mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital dan mengukuhkan negara sebagai Nadi Digital ASEAN.

Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dilancarkan
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat mengabungkan dunia digital, fizikal dan biologi merangkumi empat teras utama.

COVID-19 persiapkan rakyat depani gaya hidup berlandaskan inovasi, teknologi
MCMC berkata pandemik COVID-19 juga telah mempercepatkan pembangunan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat dan pelaksanaan ekonomi digital.

Majlis Ekonomi Digital: Enam kluster dikenal pasti sebagai komponen penggerak
Enam kluster telah dikenal pasti sebagai komponen penggerak agenda ekonomi digital dan 4IR yang akan dipengerusikan oleh menteri berkaitan.

Malaysia 5.0 - Dasar 4IR National
Malaysia 5.0 menggariskan pendekatan -penyelesaian masalah- terhadap cabaran dan masalah rakyat melalui penggunaan dan pelaksanaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat.

#MyAPEC2020: Kelestarian inovasi 4IR teras ekonomi mampan
Dalam menangani Revolusi Perindustrian Keempat, APEC 2020 turut menengahkan kelestarian inovasi dalam teras ekonomi mampan bagi mendapatkan kerjasama 21 anggota ekonomi yang bakal bersidang Nov depan.

#AgongKita: Temu bual penuh bersama YDP Agong Al-Sultan Abdullah
Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng mencari sisi lain Raja kelahiran Pahang itu.