Sehubungan itu, usahawan PKS diminta untuk mengisi satu borang kaji dan mengembalikan kepada MINTRED dengan kadar segera.
Borang berkenaan boleh didapati di pautan http://sarawakku.com/smeresponse.
![Kenyataan rasmi MINTRED yang meminta Usahawan PKS Sarawak isi borang kaji selidik bagi bantu golongan itu](http://img.astroawani.com/2020-03/41585360931_freesize.jpg)
Maklum balas sangat penting bagi membolehkan MINTRED mengenalpasti keadaan ekonomi semasa ketika pelaksanaan PKP yang diumumkan kerajaan susulan penularan wabak COVID-19.
Ia akan disusuli tindakan segera bagi membantu PKS dan ekonomi secara keseluruhan berikutan situasi yang mencabar ketika ini.