Ketua pegawai eksekutif Institut Kewangan Asia Dr Raymond Madden hari ini menyarankan usahawan muda agar mengunakan wang simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan mereka.
Beliau turut menasihati golongan tersebut supaya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi meminimumkan risiko perniagaan.
“In kerana satu daripada dua usahawan berdepan kegagalan dalam tahun pertama perniagaan mereka,” kata Madden ketika ditemui selepas menyertai sesi forum bertajuk Pengurusan Kewangan dan Risiko di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke 8 di Johor Bahru.
Oleh itu Madden menegaskan, pengurusan risiko amat penting untuk usahawan muda, bagi membolehkan mereka kembali bangkit sekiranya berdepan kegagalan dalam perniagaan.
“Saya berpendapat, usahawan perlu bermula secara kecil-kecilan, berjalan sebelum berlari.
“Apabila mereka sudah bersedia, mereka boleh memohon pinjaman bank. Tentunya bank akan menilai risiko... usahawan pula mahu mendapatkan wang dari bank. Jadi wujud hubungan dan kepercayaan antara bank dan usahawan,” jelas beliau.
Katanya lagi, ketika ini hanya 20 peratus usahawan tempatan mengunakan wang simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan, dan selebihnya mengunakan dana yang disediakan kerajaan atau pembiayaan bank.
Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai sumber pembiayaan, Madden berkata golongan usahawan harus berani mengambil risiko mengunakan simpanan sendiri sebelum memohon pinjaman dari bank.
Ini memandangkan ketika ini institusi kewangan hanya menyediakan kewangan dan bukan sokongan dari segi pembinaan kapasiti, pengurusan tunai dan perancangan perniagaan.
Ketika ini, hanya beberapa institusi kewangan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakan sistem sokongan kepada usahawan dalam memastikan usahawan tersebut berjaya dalam perniagaan.
Astro Awani
Wed Dec 05 2012
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Bukti menunjukkan firma mempunyai wakil wanita lebih berjaya
Syarikat yang mempunyai ramai wakil wanita dalam lembaga pengarah dan jawatan pengurusan kanam telah terbukti mencatat prestasi yang lebih baik.
Usahawan muda perlu bijak menangani risiko
Ketua pegawai eksekutif Institut Kewangan Asia Dr Raymond Madden hari ini menyarankan usahawan muda agar mengunakan wang simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan mereka.