KUALA LUMPUR: Pengukuhan hubungan strategik antara Malaysia dan China yang dilakukan Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai luar biasa berbanding yang dilakukan sebelum ini, kata Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Muhamad Azwan Abd Rahman.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat hubungan antara kedua-dua negara yang terjalin sejak 50 tahun lalu ke suatu tahap erat berstrategi yang menjamin kedudukan Malaysia di persada antarabangsa antaranya dengan memberi penekanan terhadap kewujudan bersama secara aman.
"Melihat kepada realiti politik antarabangsa, kerjasama hidup aman dan damai saling berdampingan, ini sangat penting. Ia satu hubungan yang boleh membawa kebaikan ataupun nilai-nilai yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini pada Jumaat.
Selain itu, Muhamad Azwan berkata apabila kerajaan meletakkan China sebagai 'hubungan strategik erat', ia menjamin kedudukan Malaysia bersama negara-negara yang mempunyai kepentingan sama, khususnya dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta Inisiatif Peradaban Global (GCI).
Beliau berkata menerusi BRI, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pasti akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur yang terlibat iaitu Kelantan, Terengganu serta Pahang daripada segi peningkatan pendapatan serta peluang pekerjaan.
"Perlu ada satu kerjasama di antara Malaysia, China, pihak sektor yang ketiga iaitu Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) serta peranan kerajaan negeri sendiri dalam mendedahkan manfaat kerjasama ini kepada masyarakat di kawasan tersebut," katanya.
Mengenai hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), Muhamad Azwan menyifatkan keputusan yang dibuat Perdana Menteri itu sebagai satu tindakan yang bijak.
"Beliau (Anwar) pernah menjelaskan bahawa tidak mahu lihat kesan angkara kuasa barat dalam mengawal kita lagi. Kita negara yang bermaruah serta bebas dan BRICS merupakan salah satu proses untuk mengembalikan globalisasi timur," katanya.
Malaysia dan China mula menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974 menerusi Kenyataan Bersama yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China Chou En-Lai, ketika itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024
![Usaha Kerajaan Perpaduan kukuhkan hubungan Malaysia-China luar biasa Usaha Kerajaan Perpaduan kukuhkan hubungan Malaysia-China luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718879093_tbMalaysiaChina.jpg)
Muhamad Azwan berkata, Anwar telah mengangkat hubungan antara kedua-dua negara yang terjalin sejak 50 tahun lalu ke suatu tahap erat berstrategi yang menjamin kedudukan Malaysia di persada antarabangsa. - Foto fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024 Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720004190_PDRM.jpg)
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.
![Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
!['Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan 'Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719988036_ZalihaMustafa.jpg)
'Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan
Kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk membangunkan satu sistem untuk mengesan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bagi menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain.
![Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719914343_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.
![BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719868974_Beregulelakinegara.jpg)
BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final
Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China.
![Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711525781_TBanwaribrahimj.jpg)
Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM
Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719843538_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM
Anwar berkata beliau menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluas di peringkat rantau ASEAN.
![BAJC: Malaysia juara Kumpulan B BAJC: Malaysia juara Kumpulan B](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719749649_badmintonBAJCKan.jpg)
BAJC: Malaysia juara Kumpulan B
Malaysia mengakhiri saingan Kumpulan B dengan menduduki tempat teratas selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-0.
![Kem judo tutup kempen AUG 2024 di tangga kedua terbaik Kem judo tutup kempen AUG 2024 di tangga kedua terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719737500_Judomalaysia.jpg)
Kem judo tutup kempen AUG 2024 di tangga kedua terbaik
Skuad judo negara menutup kempen judo di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 dengan kutipan tiga pingat emas tiga perak dan satu gangsa.
![KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719733297_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.