ALOR SETAR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak mencabar undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan tanpa kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau mengulas berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia yang berarak lebih dua kilometer dari Kampung Baru ke pusat beli belah Sogo, di ibu negara pada Sabtu.
"Ada pihak menyatakan di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan hak asasi berhimpun memang ada tetapi kena juga artikel 10 (2) yang mana setiap kebebasan untuk berhimpun ada batas-batasnya perlu dipatuhi.
"Kita perlu mengimbangi antara hak asasi dengan keselamatan dan ketenteraman awam, itu kena jelas sebab polis tidak akan bertolak ansur. Jangan jadikan itu alasan untuk melanggar undang-undang. Undang-undang dibuat untuk dipatuhi, " katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kedah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ayob turut menyatakan, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti 25 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Menurut beliau, mereka adalah termasuk 16 individu yang berucap pada perhimpunan itu.
Katanya, pihaknya telah menghubungi 22 individu setakat ini dan enam daripada mereka menyatakan akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok (Isnin).
"Enam, setakat ini memang yang terlibat sekali memang ada seorang yang berhormat (YB) dalam itu yang setuju untuk memberi keterangan esok. YB ada seorang, penggerak utama dia (berpangkat) Datuk pun ada seorang, maka kita akan hubungi," katanya lagi.
Beliau memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Serta Seksyen 4(2)b mengadakan perhimpunan larangan di masjid dan Seksyen 4(2)e membawa kanak-kanak bagi menyertai perhimpunan.
Pada Sabtu, sekumpulan peserta perhimpunan berarak dengan berjalan kaki dari Masjid Jamek Kampung Baru ke kompleks beli belah Sogo selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah.
Perarakan diketuai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu
Bard.
Tun Faisal bersama Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 17 2023
Ayob Khan bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kedah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
Usah cabar undang-undang, anjur perhimpunan tanpa kelulusan - Ayob Khan
Polis memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak mencabar undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan tanpa kelulusan.